»

13 December 2010

ALAMAK....SEL BABI DALAM UBAT DIABETES PULA!!

      l

Anda pengidap kencing manis atau diabetes? Atau ibu, ayah, pasangan anda pengidap  diabetes? Di Malaysia terdapat 1.2 juta pengidap diabetes hingga negara ini diiktiraf sebagai negara keempat pesakit diabetes teramai Asia.

Pada masa ini terdapat pelbagai ubat diabetes di pasaran Malaysia, termasuk ubat-ubat yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diabetes type 1 adalah penyakit yang paling ditakuti di mana pankreas pesakitnya tidak mampu lagi mengeluarkan insulin mencukupi, sehingga mereka perlu mendapat suntikan insulin bagi mengurangkan kesan sakitnya. Namun baru-baru ini seperti yang tersiar dalam detikHealth, Rusia telah mengeluarkan satu ubat baru kepada pengidap diabetes type 1, di mana mereka boleh diubati tanpa perlu melalui suntikan insulin lagi.

Ubat yang baru dicipta itu yang menggunakan teknologi diabecell dikatakan sangat berkesan kerana selepas 8 bulan dicipta semua pesakit yang diuji tidak seorang pun yang mengalami kesan sampingan hipoglikemia atau perubahan kadar gula dalam darah yang boleh memuzaratkan kesihatan. Kini pesakit-pesakit yang diuji hidup segar bugar, tanpa bergantung lagi kepada suntikan insulin.

Memandangkan ia ubat baru, harganya masih agak mahal. Perintisnya, Prof Bob Elliot dari Living Cell Technologies Ltd menyatakan harga pasarannya sekitar US $150 untuk setiap pesakit. Namun harga tersebut kata beliau pasti akan turun jika banyak permintaannya kelak.

Namun sesuatu yang paling mengecewakan ialah ubat yang dikatakan paling ampuh itu dibuat daripada sel pankreas babi!! Sel babi yang digunakan merupakan sel penghasil insulin dan telah diubahsuai agar boleh memasuki  tubuh manusia tanpa menyebabkan penolakan oleh sistem imun tubuh. Jenis babi yang digunakan pula bukan sembarangan babi, ia merupakan babi yang dipilih khas yang struktur selnya paling mirip manusia.


Bagi pesakit diabetes type 1, transplantasi sel tersebut akan memperbaiki fungsi sel pankreas asli yang secara genetik tidak mampu menghasilkan insulin dalam jumlah yang cukup. Dengan transplantasi ini pesakit tidak perlu lagi bergantung pada suntikan insulin seumur hidupnya



Pesakit diabetes type 1 tentu sangat menanti-nantikan kedatangan ubat ini. Tapi pasti pesakit-pesakit diabetes di Malaysia yang beragama Islam tidak mengalu-alukan kedatangan ubat ini memasuki pasaran Malaysia, kecuali Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sebaliknya!!

~ JR Shoppe


1 comment:

  1. Dalam byk2 binatang, awat le si babi haram jadah gak yg fames dlm bab merawat penyakit, musykil3..

    Apapun bg pesakit diabetes type 2 boleh guna ESULIN, 100% herbs dan kapsul vegecap.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....