Istri mencium suami sendiri pun salah mengikut undang-undang Massilon, sebuah kota kecil di Amerika? Dan jika isteri cium suami salah mengikut undang-undang Massilon, apa hal pula jika suami yang menciumi isterinya - salah juga ke?
Dan yang lebih teruknya dalam peristiwa di Massilon itu ialah si-isteri, Jannine England, seorang anggota polis berusia 30 tahun dipecat kerana kelakuannya yang menciumi suaminya itu. Suaminya ialah Timothy Escola, seorang ketua polis tempatan berusia 57 tahun. Jannine dipecat kerana ciuman itu dilakukan ketika mereka masih bertugas dan sedang berada di dalam kenderaan polis. Dengan pemecatan itu, Jannine tidak mendapat sebarang gantirugi, mahu pun pencen.
Suaminya Timothy pula bernasib baik kerana hanya diminta berhenti sebagai anggota polis dengan mendapat pencen penuh.
Dan jika peristiwa itu berlaku di Malaysia, adakah anggota polis berkenaan akan dipecat? Seperti Amerika, Malaysia juga punya peraturan dalam mengawal tata kelakuan Anggota Perkhidmatan Awamnya seperti yang terdapat di dalam Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib). Tapi saya tidak percaya jika seorang isteri mencium suaminya atau seorang suami mencium isterinya ketika sedang bertugas di Malaysia mereka akan dipecat seperti yang berlaku di Massilon itu. Kecualilah mereka melakukan aksi-aksi 'lain' di depan umum, itu adalah kes berbeda dan hukuman berbeda!!
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....