Tentu peminat Real Madrid marah bila bintang bolasepak Portugal ini saya label sebagai "penipu paling besar di Eropah". Anak saya yang sangat meminati MU tapi memilih Ronaldo sebagai idolanya juga pasti tersinggung dengan label ini. Tapi apabila yang mengeluarkan perkataan "Ronaldo penipu paling besar Eropah" ialah pengadil tersohor FIFA, seperti yang tersiar dalam sumber berita Agency, apa anda nak kata?
Mengikut Claus Bo Larsen pengadil terkemuka FIFA yang berasal dari Denmark, Ronaldo layak diberikan gelaran "penipu paling besar dalam saingan bolasepak Eropah" kerana pemain itu sering menipu untuk mendapat sepakan percuma dengan cara mudah, terutama apabila beraksi di laman sendiri. Beliau juga menyifatkan Ronaldo sebagai "pemain paling menyakitkan hati pernah dilihat sepanjang 14 tahun saya menjadi pengadil".
Larsen juga menyatakan beliau pernah bercakap dengan pengadil-pengadil lain dan semua mereka bersetuju Ronaldo memang pandai berlakon dengan menjatuhkan badan bagi mendapat simpati pengadil.
"Dia ada cara tersendiri untuk meminta belas kasihan pengadil dalam setiap perlawanan. Apabila dia jatuh dan gagal memenangi sepakan percuma, dia akan senyum kepada saya kerana dia tahu saya tidak tertipu dengan helahnya," kata Larsen.
Adakah terdapat pemain bolasepak Malaysia yang sudah mencapai separuh daripada kemahiran berlakon seperti Ronaldo? Kata orang bolasepak bukan saja satu sukan yang popular, tetapi ia juga merupakan seni, dan kemahiran berlakon Ronaldo mungkin antara seni yang menakjubkan itu. Jika Ronaldo sudah pencen nanti, FAM boleh mengambil pemain Portugal itu sebagai penasihat teknikal khusus dalam selok belok menipu dan berlakon dalam permainan bagi meningkatkan mutu bolasepak Malaysia!!
~ JR Shoppe
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....