Pada masa ini ramai kita yang sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan. Ada yang berjoging, ada yang ke gym dan ada pula yang malas bersenam memilih memakan produk-produk kesihatan. Mereka melakukannya dengan hasrat untuk mengurangkan kalori dan menjaga agar jantung tetap sihat. Namun mendapatkan tubuh yang sihat tidak hanya bergantung kepada amalan beriadah, mengamalkan pemakanan vitamin yang mahal harganya atau memakan makanan organik. Dr Maciej Buchowski, Pengarah Energy Balance Core Laboratory di Vanderbilt University Medical Center seperti yang dipetik dalam MSN News baru-baru ini menemukan satu fakta baru: menonton filem komedi juga mampu membakar kalori dan menjaga kesihatan jantung anda!
Mengikut Dr Buchowski ketawa sekurang-kurangnya 10 minit dapat membakar kalori dan menjadikan jantung lebih sihat kerana ia dapat membakar10-20% kalori berbanding menonton filem drama atau filem aksi.
Katanya ketawa merupakan satu senaman yang baik. "Ketawa membuat otot perut menegang, jantung berdetik lebih pantas dan mencetuskan nafas lebih cepat sehingga lebih banyak oksigen yang memasuki tubuh. Semua aktiviti itu dapat membakar tenaga di dalam tubuh," ujar Dr Buchowski.
Buchowski menganggarkan bahawa ketawa 10-15 minit sehari dapat membakar sebanyak 10-40 kalori. Jika hobi menonton filem komedi 10-15 minit sehari ini diamalkan secara berterusan, anda boleh mengurangkan sehingga 4 paun (1.8 kilo) berat badan setahun! Sikit sangat maaa...cuma 1.8 kilo saja dapat dikurangkan setahun? Justru jika anda mahu lebih banyak kalori dibakar, tontonlah lebih banyak filem komedi, misalnya 1-2 jam filem sehari atau lebih dari itu!!
(Sumber asal: MSN News)
~ JR Shoppe
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....