m
Kalau korang jadi saya nak buat camna bila terima SMS sebegini? Ignore, buat-buat bodoh macam tak ada apa-apa? Atau SMS si-bedebah itu balik, terjah dia cukup-cukup? Atau telefon dia... basuh dia, rebus dia sampai empuk? Atau ada cara lain yang lebih baik?
Pagi tadi saya terima SMS daripada pihak yang mengaku daripada pengurusan Power Roots memberitahu saya memenangi hadiah RM20,000 kerana nombor telefon saya dipilih sebagai nombor bertuah. Saya diminta menghubungi pejabat Power Roots 017……… untuk mendapatkan hadiah itu.
Ini bukan kali pertama saya menerima pemberitahuan “mendapat hadiah” sedemikian. Saya pernah menang RM40,000, RM30,000 dan RM20,000 yang kononnya daripada pihak Shell, Petronas, Coca Cola dan entah apa syarikat lagi yang meminta saya menghubungi telefon bimbit pejabat mereka untuk mendapatkan hadiah. Saya tau semuanya auta…mana ada pejabat yang menggunakan talian telefon bimbit sebagai talian rasminya? Mana pula ada pejabat yang memberitahu pemenang menerusi telefon bimbit tanpa surat rasmi? Apa, ingat duit ribu-ribu tu duit atuk kau ke beritahu pakai seketul SMS aje?Kecualilah jika ada pejabat cabuk yang beroperasi dalam kandang lembu atau reban ayam yang tidak ada talian tetap dan hanya bergantung kepada telefon bimbit stafnya!!
Saya pernah buat macam-macam bila diberitahu menang itu dan ini sebelum ini. Saya pernah SMS maki si-penipu keparat itu dan saya juga pernah telefon hentam mereka sampai terduduk tak mampu nak jawab balik. Malah saya pernah menyamar dari satu agensi untuk menakut-nakutkan mereka!!
Sekarang saya sedang berfikir nak buat macam mana pula bagi menghadapi penipu-penipu ini. Jika korang menerima SMS sebegini apa akan korang lakukan: ignore dan buat-buat bodoh, SMS maki mereka, telefon balik hentam dia cukup-cukup atau…ada cara lain ke?
~ JR Shoppe
Buat bodoh saja, tk perlu layan SMS mcm tu...habis karan aja....
ReplyDeleteMengapa diam kalau terima SMS macam ni? Kalau diam, mereka akan tambah naik tocang. Tapi ugut mereka pun tak guna. Jalan terbaik: lapor kpd pihak berkuasa (KPDNHEP)& Kementerian Penerangan & Komunikasi
ReplyDeletejangan dilayan msg macam tu..
ReplyDeletetu semua taktik scammer
sangat tak suka sms, email atau sewaktu dgnnya yg ckp kita menang peraduan...tetiba jer.. jangan percaya sbb tu tipu semata-mata
ReplyDeletehee , buat bodoh jaa . nih orang orang yang desperate nak duit sangat yang buat mcm nih . hari tuh bapak saya ada tepon , marah diorang . almost everyday hantar benda tuh . hari nii 30000 , esok 10000 , lusa brapa la pulak .
ReplyDeleteDear Online Friend,
ReplyDeleteWe wish you the best luck and have a nice day !
The StarGames Team