»
Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

12 August 2015

Kisah Benar: Dikejar Hantu Sejauh 450 Kilometer


"Ala bah... hantu tu dok ligan kita lagi la!!" kata Faez cemas sambil matanya meliar mendongak memerhati cermin kereta. Kata-kata itu terkeluar dari mulut Faez, anak lelaki kedua JR ketika kami dalam perjalanan menaiki kereta porche birunya dari Alor Setar ke KL kelmarin. Ketika itu kami sudah melepasi R&R Gunung Semanggol.

Memang sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke KL, objek menggerunkan bewarna hitam itu sentiasa berada di belakang kami seperti sedang ligan (kejar) kami.

Yang paling tak selesa dalam perjalanan dari Alor Setar ke KL ialah objek bewarna hitam di dada langit itu sentiasa menitiskan air yang menyebabkan kereta tak boleh bergerak laju. Dari Alor Setar ke KL ada 8 kemalangan, semuanya kes kereta terbabas melanggar tembok divider sebelah kanan atau kiri lebuhraya. Ada dua tempat yang porche yang kami naiki hampir melanggar objek di tengah jalan akibat jalan licin. Kalau berlanggar habislah kereta dan mungkin kami sekali!

16 June 2015

Hantu Hospital


Walaupun JR pernah banyak kali mengalami peristiwa seram, pernah beberapa kali ternampak imej-imej yang tak dapat dijelaskan dengan logik akal, sekali tu pernah hampir kemalangan apabila terlanggar satu imej putih yang tiba-tiba berdiri di tengah jalan pada pukul 1.30 pagi, tapi JR bukan jenis orang yang percaya bulat-bulat bila ada orang kata sesuatu tempat tu berhantu dan sebagainya.

Begitu juga bila orang kata hospital adalah tempat yang paling berhantu, JR juga tak percaya bulat-bulat..

Malah isteri, adik perempuan, 2 ipar, 2 anak saudara yang kebetulan kerja di hospital bila ditanya pernah tak terlihat imej menggerunkan di tempat kerja mereka? Jawapannya sama - tak pernah jumpa, walaupun ada rakan-rakan mereka yang pernah terserempak, kononnyalah....

Jadi kesimpulan JR, jangan percaya sangat bahawa ada hantu di hospital, kecuali kita melihatnya sendiri. JR sendiri percaya kewujudan makhluk-makhluk itu kerana dah banyak kali mengalami peritiwa seram termasuk terserempak dengan objek misteri (JR pernah bercerita mengenainya dalam entri-entri sebelum ini). Selain dari itu kewujudan makhluk yang dipanggil jin, iblis dan syaitan ini ada di sebut dalam al-Quran dan hadis, kita manusia tak bersendirian di dunia ini...

Kelmarin JR baca cerita seorang petugas di Hospital Leeds General Infirmary, England bernama Andrew Milburn yang secara tak sengaja telah merakam  gambar lembaga menyerupai seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Ceritanya di sini.....

                                                          Hantu??

Bagi JR yang pernah mengalami sendiri pelbagai peristiwa misteri yang tak dapat dijelaskan dengan logik akal masih berpegang kepada prinsip tak mudah percaya kepada cerita orang selagi kita tak melihat dengan mata kepala sendiri.  Apa lagi di zaman digital ini mudah saja mencipta imej hantu asalkan kita ada sedikit kemahiran untuk menyelitkan imej itu...

06 October 2014

Malam Raya Bersama Annabelle


Selepas sehari suntuk menziarahi beberapa keluarga terdekat sekitar Kedah dan Pulau Pinang sempena Eidel Adha kelmarin, pada malamnya JR, isteri dan anak-anak ada satu acara khusus bersama si-Annabelle.

Lepas saja solat maghrib, kami berlima bergegas ke Alor Setar Mall untuk menemui Annabell. Anak-anak JR yang memang suka cerita misteri sudah merancang untuk mengintai Annabelle sejak ia belum berada di layar besar lagi. Lalu bila tau Annabelle dah berada di Alor Setar, sebelum kami bertolak ke Pulau Pinang lagi, mereka sudah membeli tiket untuk menontonnya. Ibu bapa terpaksalah mengikut - kalau ibu bapa tak ikut rugilah 2 tiket berharga RM30.00.

02 October 2014

Bila Hijab Terselak....


Malam ini malam Jumaat...sapa nak dengar cerita seram?

Tak payahlah kita bercerita tentang kisah seram, nanti susah nak tidur pula. Jom kita bercerita tentang hijab.
Tapi ia bukan tentang hijab yang korang pompuan pakai atas kepala tu, tapi hijab mata. Eh, mata pun pakai hijab?

Seram: Toyol Hensem Yang Cerdik


Kalau dulu bila sebut saja tentang toyol, kita terbayangkan wajah kecil, comot dan hodoh:

                                                sumber: google

Toyol ini hidup dengan menghisap darah tuannya. Dia curi dalam jumlah tak banyak - RM10, RM50, RM100, paling banyak pun mungkin RM500.