Walaupun JR pernah banyak kali mengalami peristiwa seram, pernah beberapa kali ternampak imej-imej yang tak dapat dijelaskan dengan logik akal, sekali tu pernah hampir kemalangan apabila terlanggar satu imej putih yang tiba-tiba berdiri di tengah jalan pada pukul 1.30 pagi, tapi JR bukan jenis orang yang percaya bulat-bulat bila ada orang kata sesuatu tempat tu berhantu dan sebagainya.
Begitu juga bila orang kata hospital adalah tempat yang paling berhantu, JR juga tak percaya bulat-bulat..
Malah isteri, adik perempuan, 2 ipar, 2 anak saudara yang kebetulan kerja di hospital bila ditanya pernah tak terlihat imej menggerunkan di tempat kerja mereka? Jawapannya sama - tak pernah jumpa, walaupun ada rakan-rakan mereka yang pernah terserempak, kononnyalah....
Jadi kesimpulan JR, jangan percaya sangat bahawa ada hantu di hospital, kecuali kita melihatnya sendiri. JR sendiri percaya kewujudan makhluk-makhluk itu kerana dah banyak kali mengalami peritiwa seram termasuk terserempak dengan objek misteri (JR pernah bercerita mengenainya dalam entri-entri sebelum ini). Selain dari itu kewujudan makhluk yang dipanggil jin, iblis dan syaitan ini ada di sebut dalam al-Quran dan hadis, kita manusia tak bersendirian di dunia ini...
Kelmarin JR baca cerita seorang petugas di Hospital Leeds General Infirmary, England bernama Andrew Milburn yang secara tak
sengaja telah merakam gambar lembaga menyerupai seorang kanak-kanak
perempuan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Ceritanya di sini.....
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/petugas-hospital-dakwa-rakam-gambar-hantu-di-wad-kanak-kanak-62541?cp
Hantu??
Bagi JR yang pernah mengalami sendiri pelbagai peristiwa misteri yang tak dapat dijelaskan dengan logik akal masih berpegang kepada prinsip tak mudah percaya kepada cerita orang selagi kita tak melihat dengan mata kepala sendiri. Apa lagi di zaman digital ini mudah saja mencipta imej hantu asalkan kita ada sedikit kemahiran untuk menyelitkan imej itu...
meremang tengkuk kalau bab ni...huhu
ReplyDeletetak mahu tengok lagi..cukuplah sekali...tak mau jumpa dah :-))
Bunda pernah jaga arwah suami warded seminggu... hantu tak pernah jumpa....tapi, tengah malam beberapa kali nampak jenazah pesakit yang baru meninggal disorong keluar dari wad yang sama... dan sekali tu pernah terserempak masa nak keluar lif..
ReplyDeleteSeram juga tapi buat2 tak nampak...