"Ala bah... hantu tu dok ligan kita lagi la!!" kata Faez cemas sambil matanya meliar mendongak memerhati cermin kereta. Kata-kata itu terkeluar dari mulut Faez, anak lelaki kedua JR ketika kami dalam perjalanan menaiki kereta porche birunya dari Alor Setar ke KL kelmarin. Ketika itu kami sudah melepasi R&R Gunung Semanggol.
Memang sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke KL, objek menggerunkan bewarna hitam itu sentiasa berada di belakang kami seperti sedang ligan (kejar) kami.
Yang paling tak selesa dalam perjalanan dari Alor Setar ke KL ialah objek bewarna hitam di dada langit itu sentiasa menitiskan air yang menyebabkan kereta tak boleh bergerak laju. Dari Alor Setar ke KL ada 8 kemalangan, semuanya kes kereta terbabas melanggar tembok divider sebelah kanan atau kiri lebuhraya. Ada dua tempat yang porche yang kami naiki hampir melanggar objek di tengah jalan akibat jalan licin. Kalau berlanggar habislah kereta dan mungkin kami sekali!
Lepas Gurun tiba-tiba dalam keadaan jalan yang penglihatan terhad ternampak bumper sebuah Merc melintang di lorong kanan jalan. Di sebelah kiri lebuhraya sebuah Merc baru kelihatan terperosok dalam parit. Mujur Faez yang memandu dari Alor Setar ke Ipoh sempat mengelak dari terlanggar bumper yang melintang jalan itu! Di Bukit Beruntung pula porche kami hampir melanggar seorang pemandu BMW yang menggawang-gawang tangan di tengah jalan sebagai amaran supaya pemandu lain tak melanggar keretanya yang tertiarap melekat di tembok divider sebelah kanan. Dalam keadaan cuaca yang sangat buruk tak nampak langsung pemandu BMW itu sehingga hampir saja JR yang ambil alih pemanduan dari Ipoh ke KL melanggarnya!
Memang ini pengalaman pertama JR berada dalam kereta dalam keadaan cuaca buruk sepanjang 450 kilometer. Selalunya hujan setempat saja, hujan lebat sekali sekala datang kemudian di hadapan cuaca kembali cerah. Tapi kelmarin sepanjang pemanduan dari Alor Setar ke KL hujan lebat sentiasa mengiringi perjalanan kami sepanjang 450 kilometer, seperti hantu yang mengejar dari belakang dan kemudian melintasi dengan curahan hujan yang sangat-sangat lebat.
Kelmarin JR bersama Faez menaiki porchenya ke KL untuk perjalanan ke Johor Bahru. Esok (Khamis) Faez perlu melapor diri di tempat kerja pertamanya di Senai (cerita sebelumnya ada di sini...). Faez tak begitu arif jalan di KL, dia ajak JR menemaninya ke KL untuk ambil kawannya di Pudu Sentral yang kebetulan akan mula kerja di tempat yang sama dengannya di Senai. JR bukanlah mahir sangat jalan-jalan di KL, tapi sebagai bekas warga kota yang pernah 14 tahun tinggal di KL, JR masih ingat beberapa jalan utama, walaupun kebanyakan jalan sudah banyak berubah.
Masa mula-mula nak ke JB, Faez macam keberatan nak bawa porche tua yang kerap meragam itu. Tapi kalau dok di rumah kami pun enjin porche itu jarang hidup, jadi biarlah Faez gunakan untuk kemudahannya sepanjang berada di JB. JR dah pelawa Faez pakai kereta lamborghini yang selalu JR gunakan tapi Faez kata lamborghini JR macam drakula, sedut minyak kuat sangat! Dia lebih prefer gunakan ferrari kepunyaan isteri yang lebih jimat minyak, tapi dia tau kalau minta pun ibunya yang sangat kedekut sayang keretanya mungkin tak akan mengizinkannya.
porche biru Faez, lamborghini maroon JR dan ferrrari isteri di depan rumah
Nasib baiklah sepanjang perjalanan sejauh 450 km itu porche tua itu tak meragam. Maklumlah minggu lepas RM1,700 habis untuk tukar macam-macam barang bagi memastikan Faez selesa menggunakan porche tua itu!
Kami tiba di Pudu Sentral kira-kira pukul 4.20 petang dalam keadaan hujan lebat bersama petir dan guruh. Menunggu hampir sejam, kemudian rakan Faez tiba dan menaiki kereta porche kami untuk ke JB. JR pula terus ke kaunter tiket bas di Pudu Sentral. Kebetulan bas Cosmic sudah bersiap untuk bergerak. 20 minit berada dalam bas, pukul 6 petang bas Cosmic bergerak tinggalkan KL ke Alor Setar.
Bas sampai di Alor Setar pukul 1.15 pagi tadi. Hari yang meletihkan kerana dari pagi berada dalam kereta dan kemudian bas. Sedar tak sedar kelmarin punggung JR tersadai atas highway sejauh hampir 1,000 kilometer pergi balik...
hihihi kematu sudah penggung tu ye JR..
ReplyDeleteSemalam memang hujan lebat di serata tempat JR..
Banyak berlaku banjir kilat di shah alam nii..
Alhamdulillah perjalanan JR selamat..
Semalam memang hujan sangat lebat.. Alhamdulillah.. perjalanan balik semalam dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteAlhamdulillah, akhirnya sampai ke destinasi dengan selamat walaupun dikejar hantu sepanjang perjalanan. :)
ReplyDeletesuspen je jr ni...grrrrrrrrrrrr
ReplyDeletealhamdulilah selamat sampai :-))
Betul tu, saspen jerrr
ReplyDeletetahniah faez dah dpt kerja ... ujian tu . alhamdulillah selamat semuanya .
ReplyDelete