Kisah ini berlaku 3 hari lalu...
Sabtu lepas, seperti hari Jumaat atau Sabtu lain, JR dan isteri ke Pasar Besar Alor Setar untuk beli barang basah untuk stok dapur seminggu. Seperti biasa, tugas JR ialah heret troli untuk diisi ikan,ayam, sayur dan lain-lain keperluan. Satu lagi tugas istimewa JR ialah tolong bayar barang yang dibeli isteri. Tugas isteri pula pilih barang sebelum dibawa masuk dalam troli. Mudah jadi isteri, hahaha....
Sabtu itu isteri pakai tudung bawal warna pink dan baju lengan panjang berwarna cerah.
Lama juga JR mengikut punggung langkah isteri yang bergerak dari satu gerai ke gerai lain untuk pilih barang. Leceh juga berjalan dengan perempuan, terlalu memilih. Kalau JR beli barang asal berkenan terus sambar. Bagi lelaki simple seperti JR, sikit perbezaan harga bukan keutamaan, yang penting cepat beli cepat balik!
Entah gerai ke berapa, tiba-tiba JR kehilangan susuk tubuh isteri. Hari itu orang agak ramai terjenguk-jenguk JR mencari isteri tapi masih tak jumpa. Mana nak heret barang yang penuh troli, mana nak cari bini, memang letih juga.
Akhirnya... tu pun dia!! Ternampak susuk wanita bertudung pink dan baju cerah yang sangat dikenali sedang memilih ikan di satu sudut pasar.
Lalu JR menghampiri isteri dari belakang. Jelas nampak dari belakang jejari berkulit cerah itu sedang memilih ikan siakap yang sesuai untuk masakan tengahari kami. Agaknya dia nak masak ikan siakap tiga rasa kot? Minggu lepas anak-anak kata dah lama tak makan ikan siakap tiga rasa. Itu yang dia nak beli tu kot, bisik hati JR.
"Semuanya sama aja kak. Ikan baru. Tak payah teruk pilih-pilih pun, tak pa kak semua sama.. garenti ikan baru, kak. Tengok ni..." kata penjual ikan sambil menyelak insang ikan yang nampak kemerahan.
Selepas menimbang ikan yang dipilih isteri dan memberitau harganya, si-penjual terus memasukkan ikan itu ke dalam troli yang JR parking di sebelah isteri.
"Eh,apa pasai pula hang taruh ikan saya di situ!!" tiba-tiba tempik puan 'isteri'!
Terkejut beruk JR. Itu bukan suara isteri aku!! Suara isteri aku lain..lebih lunak dan lembut! Itu suara wanita yang tak pernah ku kenali, sedikit kasar dan garau!!!
Si-penjual ikan cepat-cepat mengeluarkan ikan dari troli dan menyerahkan kepada wanita bertudung merah itu. "Sori..sori kak, saya ingat abang di belakang tu suami akak!!"
Tanpa melihat wajah wanita itu, JR cepat-cepat blah! Malunya aku, tersalah isteri!!!
Itulah padahnya bila menganggap orang yang berpakaian seperti isteri kita sebagai isteri, tanpa melihat mukanya dulu. Lain kali jangan percaya dengan pakaian yang dipakai seseorang, tengok mukanya dulu!
Ini bukan kali pertama JR tersalah isteri. Tahun lepas di tempat yang sama pernah JR terpegang tangan seorang wanita yang JR ingat isteri JR. Ceritanya di sini..
Sapa kata pisang tak berbuah dua kali??
hehehehehehe...adeh...kelakar betul....JR citer tak kat isteri?
ReplyDeleteHahaha... sudah tersalah bini ye JR..
ReplyDeleteMacam mna boleh jumpa isteri tu semula.
Ahahaaa...nasib baik bukan kat supermarket buat2 rangkul pinggang tak pasai2 kena pelempang...
ReplyDeletehahaha...alamak malu jg rasanya jika Etuza situasi itu..jadi kemana agaknya ya isteri JR tu..kesian jg seorang JR ..)
ReplyDeleteHahaha adoi jr..jr ni kalut sungguh lahai... :-))
ReplyDeletehahaha.. agak2 puan isteri nampak tak adegan ni.. mesti jadi bahan.. ;)
ReplyDeleteHahaha... cepat lari...!!!
ReplyDeleteItu baru terpegang tangan....kalau lah terpeluk pinggang?... haru jadinyer.... silap2 satu pelempang naik kat muka....kannn...hahaha..
ReplyDelete