Entri ini sepatutnya keluar awal bulan ini. Tapi tertangguh-tangguh banyak kali, hari ini baru entri dapat keluar. Sekali lagi cerita tentang Batu Pahat...
Sekurang-kurangnya ada 3 perkara yang JR sangat terkilan semasa berkunjung ke Batu Pahat awal bulan ini:
Pertama, JR dan keluarga tak sempat makan mee racun Batu Pahat. Walaupun dah 5-6 kali JR ke Batu Pahat sepanjang anak bujang JR menuntut di UTHM tapi cita-cita nak rasa mee racun yang popular di Batu Pahat itu masih tak kecapaian.
Kedua, JR dan keluarga tak sempat makan nasi beriani gam Mohd Shah. Dua tahun lepas, pada satu petang Jumaat, kerana tak dapat makan nasi beriani gam Mohd Shah (gerainya ditutup pada setiap Jumaat), kami pun makan nasi beriani gam di gerai sebelahnya (dah tak ingat nama gerai itu).
Yang ketiga JR dan keluarga tak sempat makan nasi lemak Cik Chom di Sri Gading, Batu Pahat. Nasi lemak Cik Chom ni punyalah popular sampai jadi viral di laman sosial kerana keenakannya. Sebenarnya bukan setakat jadi viral, berita tentang warung nasi lemak Cik Chom juga pernah masuk berita TV (RTM 1) hujung bulan lepas.
Warung nasi lemak cik Chom ini ada facebooknya sendiri:
Walaupun nama rasminya "warung" tapi premis perniagaan mereka sebenarnya adalah sebuah restoran. Mungkin pemiliknya merendah diri, restoran dinamakan "warung"..
Walaupun nama rasminya "warung" tapi premis perniagaan mereka sebenarnya adalah sebuah restoran. Mungkin pemiliknya merendah diri, restoran dinamakan "warung"..
Selama 4 hari di Johor, 3-4 kali JR dan keluarga cuba nak makan di warung nasi lemak Cik Chom. Tapi setiap kali pergi tak jadi singgah makan kerana tak sanggup beratur panjang:
Terlepaslah kami nak rasa nasi lemak sotong king yang sangat popular di warung cik Chom!!
Akhirnya kerana tak nak tengok JR, isteri dan Sha terkilan, Faez, anak bujang kami yang 4 tahun belajar di UTHM mencadangkan kami makan di Anjung Embah Shukur yang terletak di Taman U, Parit Raja. Kata Faez, kesedapan dan menu makanan di Anjung Embah Shukur lebih kurang sama saja dengan nasi lemak Cik Chom.
Maka pada satu petang Sabtu yang hening ketika berada di Parit Raja, kami sekeluarga pun pergilah makan di Anjung Embah Shukur. Seperti di warung Cik Chom, hidangan paling popular di Anjung Embah Shukur ialah nasi lemak sotong king. Isteri JR dan Faez pesan nasi lemak sotong king, manakala JR dan Sha pula pesan nasi lemak ayam king.
Mengapa dipanggil sotong king dan ayam king? Tengoklah saiz sotong dan ayam yang berada di depan isteri dan JR memang saiznya king punya saiz..orang Kedah panggil nala punya besaq!!
Sesuatu yang istimewa tentang nasi lemak di sini ialah kepala nasi lemak yang bewarna hijau seperti foto di atas. Kata Faez nasi lemak Cik Chom juga mempunyai kepala nasi lemak berwarna hijau.
Tak dapat rasa Cik Chom dapat rasa Embah Shukur pun jadilah....
ooo kepala nasi yg kaler hijau tu ya..ingtkan apa la tadi..
ReplyDeleteEmbah syukur lebih berpatutan dari cikchom jr...sedapnya.
ReplyDeleteTakpa, lain kali datang lagi... hehehe...
ReplyDelete