»

08 September 2015

Bila Hantu Bermain Bola..


Nampaknya tak habis-habis lagi orang bercakap tentang kekalahan memalukan 10-0 pasukan bolasepak Malaysia kepada UAE 4 hari lepas. Malam tadi JR pergi makan kenduri aruah rumah jiran, kekalahan 10-0 itu adalah antara topik yang menyebabkan ramai yang gelak besar. Kekalahan itu beri kesan sangat besar kepada pasukan bolasepak Malaysia - Dollah Salleh selaku jurulatih dah letak jawatan, Tunku Abdullah selaku presiden FAM juga bercadang nak letak jawatan.

Macam-macam pula lawak yang dibuat bagi menghibur hati kita yang tak dapat terima kekalahan sebesar itu. Sampai ada yang buat sijil untuk dianugerahkan kepada pasukan Malaysia:


Tapi ada yang lebih lawak yang kaitkan kekalahan Malaysia kerana kononnya pasukan UAE gunakan makhluk halus untuk kalahkan Malaysia. Memang lawak!


Bukan JR nak kata dalam sukan orang tak pernah gunakan makhluk halus untuk menang. Ada..memang ada, seperti juga orang politik yang gunakan makhluk halus untuk menang pilihanraya.

JR peminat bola, masa muda pernah bermain bola. Dari pengalaman JR memang ada team yang gunakan pengaruh syaitan untuk menang tapi ia bukan selalu dan ia juga bukan sesuatu yang mudah. Kalau cuma gunakan hantu boleh menang, UAE mesti akan berada di ranking nombor 1 bolasepak  FIFA dan bukannya ranking nombor 70 seperti sekarang.

Malaysia sendiri bila menang besar dengan pasukan negara lain, rakyat negara itu tak pernah pula kata Malaysia menang kerana guna makhluk halus. Pada 1962 pasukan kebangsaan Malaysia pernah kalahkan Filipina 15-1, rekod kemenangan terbesar Malaysia yang belum pernah dipecahkan sehingga kini. Tapi pasukan Filipina yang kalah teruk tidak pula tuduh Malaysia guna makhluk halus, hantu atau jin untuk menang.

Malam ini pasukan Malaysia akan bermain dengan satu lagi pasukan Arab - Saudi Arabia. Jika Malaysia kalah kepada Saudi Arabia jangan pula ada yang kata Saudi Arabia bawa jin dari Mekah untuk kalahkan Malaysia. Kalau Malaysia pula menang bergaya (macam tak percaya aje!!) jangan pula orang Arab tuduh Malaysia guna jin tanah, pelesit dan langsuir untuk kalahkan mereka.

Nota Kaki: Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada calon-calon sekolah  yang memulakan peperiksaan mereka pada hari ini. Kepada ibu bapa berdoalah untuk kecemerlangan anak-anak, jangan kaitkan kejayaan anak-anak orang lain dengan penggunaan makhluk halus!!

12 comments:

  1. Kecian pn ade kt dorang ni.. Apa laa dalam minda dioerg waktu main kan.. Mungkin ada faktor masalah pengurusan dalam buat player jd tk fokus..

    ReplyDelete
  2. begitulah kenyataannya kita. bila menang disanjungi. bila kalah dikutuki.
    sebabnya... bukan kita yang turun padang bermandi peluh. kita hanya duduk di depan tv, menonton sambil makan...

    ReplyDelete
  3. kesian kita, kena troll pulak pasal kalah tu. hahah

    ReplyDelete
  4. tak menang besar malam ni, menang kecil je.. hehe

    ReplyDelete
  5. Macam2 ye JR...
    Guna mahluk halus lah pulak..
    Dah adat permainan ..
    ada menang dan kalah..
    Baru CH tahu Malaysia pernah dapat gol smpi 15 tu JR..

    ReplyDelete
  6. betui ... aku pun baca berita kosmo ni ..ustaz kot bg ulasan tu ...aduhai .... yg kat uae tu pun org islam jugak ....

    ReplyDelete
  7. adoi..ini lah malaysia..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Perasaan tak puas hati dorang lepaskan malam tu.. ditambah pulak bila pihak lawan mendahului..

    ReplyDelete
  9. dah masuk makhluk halus pulak... macam2

    ReplyDelete
  10. Nak tutup kelemahan diri dan juga nak bagi org lupakan kejap pasal isu derma.

    ReplyDelete
  11. Tak mengapalah.. Nak buat macam mana, memang standard Malaysia bermain bola sepak begitu. Negara-negara ASEAN lain pun kena belasah juga. Kalau ada negara lain di Asia Tenggara yang layak ke Piala Dunia, itu memang harus FAM bersalah.

    ReplyDelete
  12. itu pulak di kaitkan nye hurmmm

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....