»

09 September 2015

Aku Bukan Melayu Tulen!


Teringat masa dalam darjah 6, cikgu Mohideen yang ajar sejarah pernah dengan bangga mengaku dia bukan Melayu tulen.

"Tapi walau bukan Melayu tulen dalam IC cikgu tulis cikgu berbangsa Melayu!" kata cikgu Mohideen tergelak kecil.

Memang kalau cikgu Mohideen tak bagitau dia bukan Melayu tulen pun kami satu kelas tau dia bukan Melayu tulen. Hidung panjangnya, misai tebalnya, sideburn lebatnya, bulu mata lentiknya, kulit gelapnya dan tangan berbulunya sudah cukup menceritakan siapa dia...

"Sapa antara kamu Melayu tulen?" tanya cikgu Mohideen. 

Beberapa orang budak angkat tangan. 

"Jangan bohonglah Abu.." kata cikgu Mohideen kepada kawan kami, Abu "Yang kamu angkat tangan tu buat apa? Kamu bukan Melayu tulen pun! Keturunan sebelah bapa kamu tu orang Banjar, Banjar tu asalnya dari Banjarmasin, Indonesia. Kamu bukan Melayu tulen lah Abu..."

"Kamu pun sama Halim..kamu bukan Melayu tulen. Moyang kamu pun datang ke Malaysia satu kapal dengan moyang cikgu dari Madras, India..hidung mamak pun masih melekat di muka dah nak mengaku Melayu!!" kata cikgu Mohideen diikuti gelak kuat satu kelas.

Memang cikgu Mohideen orang lama di pekan kecil kami, hampir semua ibu bapa kami dia kenal. Dia tau siapa keturunan Melayu tulen dan tak tulen. 

Seterusnya cikgu Mohideen memberi takrif Melayu tulen. Katanya Melayu tulen ialah orang Melayu yang moyang sebelah bapa dan ibunya sejak 500 tahun dulu memang berasal dari Malaysia dan bukan berasal dari pendatang China, India, Indonesia dan lain-lain.

Kalau ikut takrif cikgu Mohideen tu, Perdana Menteri (PM) Malaysia juga semuanya bukan Melayu tulen:

PM pertama Tunku Abdul Rahman ibunya orang keturunan Siam.
PM kedua Tun Abdul Razak, moyangnya  dari Sulawesi, Indonesia.
PM ketiga Hussein Onn, moyangnya berasal dari Turki.
PM keempat Dr Mahathir, moyang sebelah bapanya berasal dari India.
PM kelima Abdullah Badawi, moyangnya berasal dari Arab Saudi
PM keenam Najib Tun Razak seperti ayahnya adalah berkerunan Sulawesi, Indonesia.

Kalau begitu siapa Melayu tulen?

Mungkin korang memang Melayu tulen?

16 September ini ada sekumpulan orang Melayu yang mengaku dirinya Melayu tulen mengajak semua orang Melayu tulen berkumpul bagi menunjukkan solidariti Melayu tulen:



Minta maaf, kalau JR tinggal di KL pun JR tak akan ikut ajakan kumpulan Melayu tulen itu. Ini kerana selain dari bukan seorang rasis, JR juga seperti Najib, Mahathir, Pak Lah, Tuku Abdul Rahman dan lain-lain bukan Melayu tulen. Keturunan sebelah bapa JR ada sedikit darah India keturunan mamak Penang, moyang sebelah ibu pula berasal dari Narathiwat, selatan Thai. Aku bukan Melayu tulen!!

10 comments:

  1. Saya pun bukan melayu tulen...

    ReplyDelete
  2. yan pun bukan melayu tulen..

    ReplyDelete
  3. Saya pun bukan melayu tulen juga....tapi dari rumpun Melayu...

    ReplyDelete
  4. saya pun bkn melayu tulen hehe...

    ReplyDelete
  5. Saya tak tahu saya ni melayu tulen ke tak. Heheh, lagi teruk tak tau asal usul.

    ReplyDelete
  6. campok atas campok...jadi???

    ReplyDelete
  7. Tuan tidak boleh kata di Indonesia tiada Melayu. Saya ada ramai kenalan Melayu di sana..

    Saya juga bukan Melayu tulen, kerana arwah datuk saya adalah bangsa Cina yang masuk Islam.

    ReplyDelete
  8. yelah..sy rse sy pon mix.. mix dr india cmpor jawa. kot?
    mmg tak tulen bang

    ReplyDelete
  9. kah kah kah semua x nk mengaku termasuk JM

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....