»
Showing posts with label hantu raya. Show all posts
Showing posts with label hantu raya. Show all posts

08 September 2015

Bila Hantu Bermain Bola..


Nampaknya tak habis-habis lagi orang bercakap tentang kekalahan memalukan 10-0 pasukan bolasepak Malaysia kepada UAE 4 hari lepas. Malam tadi JR pergi makan kenduri aruah rumah jiran, kekalahan 10-0 itu adalah antara topik yang menyebabkan ramai yang gelak besar. Kekalahan itu beri kesan sangat besar kepada pasukan bolasepak Malaysia - Dollah Salleh selaku jurulatih dah letak jawatan, Tunku Abdullah selaku presiden FAM juga bercadang nak letak jawatan.

Macam-macam pula lawak yang dibuat bagi menghibur hati kita yang tak dapat terima kekalahan sebesar itu. Sampai ada yang buat sijil untuk dianugerahkan kepada pasukan Malaysia:


Tapi ada yang lebih lawak yang kaitkan kekalahan Malaysia kerana kononnya pasukan UAE gunakan makhluk halus untuk kalahkan Malaysia. Memang lawak!


Bukan JR nak kata dalam sukan orang tak pernah gunakan makhluk halus untuk menang. Ada..memang ada, seperti juga orang politik yang gunakan makhluk halus untuk menang pilihanraya.