»

25 June 2015

Nota Ramadhan Seorang Suami


Terlebih dulu JR memohon maaf kerana sudah seminggu tak bersiaran. Dah seminggu juga JR tak menjenguk blog rakan-rakan blogger. Dalam tempoh seminggu ini JR sangat sibuk sehingga tak ada masa untuk menulis entri walau sebaris ayat. Tu dia.. bunyi cakap macam lebih sibuk dari seorang Perdana Menteri!!

Biasanya jika sebelum Ramadhan, malam adalah waktu JR paling santai. Banyak entri yang keluar di blog ini hasil idea pada waktu malam yang akan JR  publish pada esoknya. Tapi dalam bulan Ramadhan ini ruang kesempatan menulis pada waktu malam hampir tertutup kerana banyak masa berada di masjid. Sampai di rumah dari masjid biasanya dah hampir pukul 11.00 malam, lepas itu sibuk pula buat kerja dapur hingga tengah malam..

Cepatnya masa berlalu, tiba-tiba dah masuk 8 Ramadhan. Menghadapi Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya dalam hidup JR dan keluarga tak banyak berubah:

~ Sehingga hari ini dah masuk 8 Ramadhan, alhamdulillah kami sekeluarga belum lagi beli makanan di Bazaar Ramadhan. Kami memilih untuk masak sendiri walau cuma ada 2 jam di dapur pada waktu petang selepas balik kerja. Biasanya kami cuma masak masakan yang paling simple - sedikit kuih atau bihun/mee/koeteaw goreng atau sup bersama nasi berlauk ayam goreng, ikan goreng dan masakan berkuah. 

~ Ketua tukang masak di dapur tentulah puan isteri dan JR pembantunya. Masakan paling mudah - goreng-gorengan, masak nasi dan sediakan air jadi kerja hakiki JR. Masakan berkuah yang perlukan kemahiran tingggi pula jadi kerja hakiki puan isteri.

~ Sehingga hari ini dah masuk 8 Ramadhan seperti tradisi berpuasa 3 tahun kebelakangan ini, JR tak menjamah nasi langsung, sama ada waktu berbuka atau bersahur. Biasanya bila masuk waktu berbuka, JR cuma ambil 3 biji tamar  dan lepas itu terus solat Maghrib. Lepas solat maghrib baru JR pergi  makan kuih kalau ada. Kalau tak ada kuih, JR akan ambil 2 keping roti bakar untuk lapik perut dan lepas itu terus ke masjid untuk solat tarawih.

~ Balik tarawih jika perut rasa lapar JR akan ambil sedikit makanan lagi, asalkan ia bukan nasi. Kalau ada kuih, makan kuihlah. Kalau ada bihun, mee atau koeteaw, itulah yang dimakan. Tapi kalau tak rasa lapar, JR cuma minum dan lepas itu jenguk ke dapur untuk basuh pinggan mangkuk..

Itulah sebahagian nota ringkas Ramadhan seorang suami. Kalau nak catatkan semuanya panjang pula. Nanti kalau ada kelapangan JR akan sambung sedikit catatan lagi ...

15 comments:

  1. kalau dicatatkn lagi tenttu lagi pnjang dr catatan seorg isteri..hehehe

    ReplyDelete
  2. Saling bantu-membantu, begitulah sehuarusnya kehidupan bersuami-isteri.

    Alhamdulillah, suami kakcik juga rajin membantu walaupun beliau tak pandai memasak, tapi membeli dan menyiang ikan/ayam/daging serta membasuh pinggan mangkuk adalah tugasnya... :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    Masak sendiri lagi sedapppp walaupun simple. tapi kena dengan tekak

    ReplyDelete
  4. ohh patutlah senyap aje...bulan puasa jadual memang padat kan jr...apa2 pun..selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  5. saya pun tak pergi lagi bazar ramadhan..setakat ni masih larat memasak setiap hari.bukan masak apa pun..menu sama macam masak hari2 je..

    ReplyDelete
  6. kami juga tak membeli di bazar ... saya juga ambil 3 biji kurma dan pi solat maghrib . selepas solat baru tgk apa yg sesuai di makan ...

    ReplyDelete
  7. besederhana mmg digalakkan di bulan ramadhan ni :-)

    ReplyDelete
  8. tak makan nasi...
    saya tak boleh ikut nih..heee

    ReplyDelete
  9. saya pun jarang amik nasi waktu berbuka..bersahur apatah lagi..

    ReplyDelete
  10. bukan kah mee atau koteow tu kadangkala worst than nasi dari sudut kalori...?

    ReplyDelete
  11. Waktu berbuka saya makan nasi sebab dak Nuha masih lagi nak makan bersuap.. sambil suapkan dia, sambil suap juga ke mulut sendiri..
    waktu sahur pula baru 5 hari ni saya hanya minum air..

    ReplyDelete
  12. Bunda masa berbuka jer makan nasi, sikit...bersahur makan oat atau roti wholemeal..

    ReplyDelete
  13. Biasanya jadual ketika Ramadan lebih padat dan terisi berbanding jadual pada hari-hari lain.

    ReplyDelete
  14. bagus masak sendiri...confirm halal dan sihat.

    ReplyDelete
  15. Penuh jadual ye JR..
    Lepas tengah malam dah penat pulak kan..
    bila pulak masa nak menjenguk blog..
    saya pun buat auto publish..
    nak BW pun tak sempat sgt..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....