»

02 June 2015

Kisah Sebenar Ibu Tertinggal Bayi Dalam Kereta: Maafkan Saya


JR adalah salah seorang yang berkongsi cerita dan entri tentang insiden seorang ibu yang tertinggal anaknya di dalam kereta kelmarin. Cerita berdasarkan video yang diambil oleh seorang pengguna facebook bernama Tuan Nor Azlim itu telah menjadi viral di media sosial, akhbar dan masuk berita utama TV3 malam tadi.

Rupanya apa yang sebenarnya berlaku ialah ibu itu memasuki bank dan meninggalkan bayi bersama rakannya di dalam kereta. Ketika rakannya yang berada di seat belakang turun untuk duduk di seat depan bagi mengalihkan kereta, tiba-tiba sistem kereta menjadi auto lock menyebabkan kereta terkunci dalam keadaan bayi itu terkurung dalam kereta. Bila berlaku auto lock,  enjin kereta serta penghawa dingin mati.


JR juga pernah mengalami situasi sama kira-kira 8 tahun dulu bila tiba-tiba kereta auto lock ketika JR keluar kereta untuk periksa tayar. Mujur juga ketika itu tak ada budak kecik dalam kereta. JR juga bernasib baik kerana ketika itu bawa kunci spare..

Kepada ibu malang itu, JR dengan rendah diri memohon maaf jika tulisan JR dalam entri kelmarin tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku. Seperti yang JR tulis dalam entri kelmarin mungkin ia berlaku secara tak sengaja dan rupanya itulah yang sebenarnya berlaku..

10 comments:

  1. Betul tu .. kekadang kita tak tahu kisah sebenarnya..
    Kena hati2 sekarang.. sebelum viral kan dimana-mana kan JR..
    Betul lah rupanya auto lock.. tak sengaja..

    ReplyDelete
  2. dah dekat bulan posa ni..sama2 saling bermaafan la..:)

    ReplyDelete
  3. respek dengan orang yang berani mengaku salah dan kemudian meminta maaf secara terbuka. bukan senang tu... kena sedia terima kritikan negatif masyarakat (terutama si pemula cerita).

    sangat berbeza dengan ahli politik dan pengikut tegar mereka. bila dah jelas buat silap, bukannya nak mengaku dan mintak maaf. lagi ditambah cerita dongeng untuk selamatkan punggung sendiri. cis!

    ReplyDelete
  4. huhuhu...JR...ms sy memula tgk video tu pon igt mak dia tinggal dia dlm keta tp lps tgk tuan pnya video mnta maaf br tau cite sbnr

    ReplyDelete
  5. Saya sekadar baca tapi tidak berniat untuk mengomen sebab tidak berada dalam situasi di situ.
    Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

    ReplyDelete
  6. Tu la pasal tadi pon sok sek sok sek dgn somi saya pasal kes ni mustahil mak dia bole tinggal2 anak kecik camtu je rupenye ada kisah disebaliknye...nasib terbaca kat sini tq JR

    ReplyDelete
  7. antara sbb nape saya x berapa layan benda viral . bimbang bkn perkara sebenar ...

    ReplyDelete
  8. Nasib baik entry terakhir tu saya tak komen apa-apa berkaitan...

    ReplyDelete
  9. yan pun minta maaf pada ibu kanak2 sebab dah terkomen dientri lepas tanpa usul periksa....huhuhu

    ReplyDelete
  10. kalau saya jadi tukang post or tukang komen yg pcaya benda viral, sy akan delete apa yg saya tulis supaya tak perlu dibaca lagi oleh sesiapa sbb saya akan rasa berdosa biarkan salahanggapan itu masih menjadi tatapan umum...ni la masalah laman sosial, dgn 1 klik dosa kita bole berangkai2..tak sanggup nak tanggung huhu ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....