»

02 June 2015

Semua Berlaku Di Dunia Adalah Salah Wanita!!


Jangan korang tak tau, semua yang berlaku di dunia ini adalah salah wanita!

- gempa bumi berlaku di dunia adalah salah wanita!
- tsunami akibat gempa bumi berlaku juga salah wanita!
- inflasi berlaku di sesebuah negara adalah salah wanita!
- bekalan tenaga petrol dan letrik berkurangan adalah salah wanita!
- negara tak selamat dan huru hara juga semuanya salah wanita!!

Kerana wanita tak bersopan, mereka pakai seluar jeans, lalu terjadilah semua mala petaka itu:

 

Semuanya salah wanita? Hanya kerana ada wanita yang berseluar jeans banyak mala petaka berlaku di dunia ini? Apa hubungan wanita pakai seluar jeans dengan gempa bumi, inflasi dan huru hara? Seluar jeans boleh menyebabkan kerak bumi merekah dan mengakibatkan gempa bumi? Seluar jeans yang mahal boleh menaikkan harga barang dan inflasi? Seluar jeans yang dipakai wanita boleh bertukar menjadi bom dan menyebabkan dunia huru hara?

Yang untungnya ialah kaum lelaki seperti JR dan mungkin juga Maulana Fazlur Rehman. Kami bebas pakai seluar jeans, ia tak mengakibatkan gempa bumi, inflasi dan huru hara. Kami boleh pakai apa saja kerana kami lelaki.

      Lelaki seperti JR boleh pakai seluar jeans, ia tak akan menyebabakan gempa bumi!

Semuanya salah wanita. Lalaki lahir ke dunia ini juga agaknya salah wanita??

11 comments:

  1. Ini semua tidak adil. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. betapa kuatnya wanita.. ;)

    ReplyDelete
  3. hebatnya kuasa wanita hehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    Ohhhh sangat terkesan dengan entri ni

    ReplyDelete
  5. pelik2 berita zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  6. :-)) kejayaan lelaki juga kerana wanita...

    ReplyDelete
  7. Sian orng2 pompuan ni asyik la dipersalahkan...pakai sari la camni....hehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Sian orng2 pompuan ni asyik la dipersalahkan...pakai sari la camni....hehe

    ReplyDelete
  10. hmmm... mungkin yang pakai seluar jeans ketat kot.. atau yang menyerupai lelaki.. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....