»

01 June 2015

Kes Tinggal Anak Dalam Kereta Lagi!


Tak tau la JR mengapa kes macam ni banyak sangat berlaku di dunia. Di luar negara selalu berlaku, di Malaysia pun dah banyak kali berlaku. 

Dan baru tadi JR baca kat FB ada satu lagi kes yang sama berlaku di Shah Alam:

Kes tertinggal anak dalam kereta dah berulang kali berlaku entah berapa puluh kali di Malaysia. Seingat JR sejak 20 tahun dulu dah banyak berlaku kes-kes sebegini. Masa JR kerja di KL dulu ada seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan juga pernah tertinggal anaknya dalam kereta menyebabkan budak itu meninggal. 

Kes terakhir yang JR masih ingat berlaku pertengahan tahun lepas di Kuala Nerang, Kedah. Seorang ustaz pergi mengajar di sebuah sekolah dan terlupa anaknya yang berusia 4 tahun masih terkurung dalam kereta yang diparkirnya di tepi jalan. Selepas 8 jam barulah ustaz itu membuka pintu kereta dan cuma menemui anaknya yang sudah tak bernyawa lagi.

Nasib baiklah dalam kes yang dikatakan baru berlaku di Shah Alam tadi, kereta itu diletakkan di tempat tumpuan orang ramai (depan bank). Ramai yang cuba membantu mengeluarkan budak yang berusia lebih kurang setahun itu. Dan akhirnya dengan bantuan orang ramai pintu Myvi itu berjaya dipecahkan. Dan alhamdulillah terselamatlah baby yang terkurung dalam kereta itu.

Isunya sampai bila ada segelintir  ibu bapa yang masih ambil mudah keselamatan anak-anak mereka? Mungkin ia berlaku secara tak sengaja tapi jika berlaku bolehkah kita maafkan diri sendiri sampai ke akhir hayat kita?

Don't let history repeat itself....

7 comments:

  1. leka dengan media sosial kot...tu yang tak teringat bawa anak....huhuhh

    ReplyDelete
  2. kadang2 rasa pelik juga..macamana mak ayah tak perasan sianak ada dalam kereta atau tak..

    ReplyDelete
  3. katanya kes kt atas tu keta autolock.si emak p bank...kwnnya tggu dgn baby kt dlm keta.kwn tu kuar nk ubah keta x slh tetiba keta autolock n enjin mati sndiri.bab enjin mati sndiri xtau la btl ke x sbb diri sndiri x penah jd cmtu.

    mcm keta sy pon autolock.bl turun keta nk ambik ank kt sblh sy x tutup rapat pintu yg sy kuar tu.dh setel ambik ank galas beg br la pi tutup pintu tu

    ReplyDelete
  4. Kenapa ianya harus terjadi.......anak tido ke..anak apa pon..janganlah tinggalkan dalam kereta...kenapa lah tak boleh fikir.... T_T





    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
  5. blogger dah tau cerita sebenar&minta maaf, kenapa tak delete saje entri ni?terus terang, saya kasihan dgn si ibu yang mejadi bahan caci maki org sampai hal kondom semua keluar, disebabkan oleh viral tanpa usul periksa mcm ni..saya harap blogger dah ambil iktibar sepenuhnya sebelum share&komen tentang sesuatu ye..entri tak sahih mcm ni rasanya tak perlu disimpan lagi..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....