Tersentuh hati sikit bila baca berita seorang pemandu lori bernama Syamsul Akmaar Roslie 31 tahun yang dihukum penjara 3 hari dan denda RM600 kerana mencuri 4 paket Milo berharga RM127.96 dari Tesco Extra Cheras. Kata Syamsul, Milo itu adalah untuk kegunaan keluarganya, dia orang susah, isteri pula tak kerja.
Seperti
yang dijangka, banyak komen yang bandingkan kecurian 4 paket milo berharga RM127.96 itu dengan
kecurian lembu berharga RM250 juta oleh suami seorang VVIP, kehilangan RM42 bilion wang 1MDB dan yang terbaru kehilangan RM188.5 juta duit
Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB. Ramai yang bertanya mengapa curi
seratus ringgit lebih kena penjara tapi curi berjuta dan berbilion
ringgit terlepas??
Bagi JR tak kira curi RM10, RM100, RM250 juta, RM42 bilion atau RM100 bilion, curi tetap curi, salah tetap salah. Tapi lagi besar salahnya jika curi berpuluh atau beratus ringgit dihukum tapi curi berjuta dan berbilion ringgit dibiarkan saja.....
Bagi JR tak kira curi RM10, RM100, RM250 juta, RM42 bilion atau RM100 bilion, curi tetap curi, salah tetap salah. Tapi lagi besar salahnya jika curi berpuluh atau beratus ringgit dihukum tapi curi berjuta dan berbilion ringgit dibiarkan saja.....
itulah undang2 dimalaysia..ambik contoh laman sosial..BILA RAKYAT BERSUARA..DIA KATA AKTA HASUTAN...TAPI BILA VVVVVIP KATA...DIA KATA TAK APA..
ReplyDeleteorang 'kecil' mudah dijatuhkan hukuman...orang 'besar' susah nak jatuh hukum... banyak 'kabel'.
ReplyDeletekalau hukum hudud dilaksanakan di malaysia, rasanya dia takkan di kenakan hukuman.
ReplyDeleteYg curi duit TH termasuk juga....yg pelik dari zaman gawat dulu duit THaje yg mereka nampak...
ReplyDeletedunia akhir zaman...org lemah terima padah..org berkuasa?
ReplyDelete