Satu petang minggu lepas, anak lelaki memanggil JR yang sedang berada di dalam rumah, "Abah..ular di luar rumah!". Bila JR buka pintu ternampak seekor ular berwarna hitam berada tak jauh dari pintu rumah. JR capai ridsect dan sembur tubuhnya kerana kata orang (termasuk anggota JPAM), ridsect boleh lemahkan ular. Tapi semburan itu seperti tak berkesan langsung!
Akhirnya anak JR cari kayu untuk memukul ular itu. Tapi sementara mencari kayu, ular itu sempat larikan diri di celah pasu bunga dan lepas itu terus lesap walaupun JR dan anak telah buat operasi geledah seluruh kawasan pasu bunga.

Petang kelmarin pula, ketika JR nak keluar rumah tiba-tiba ternampak susuk panjang berwarna hitam berada di depan pintu rumah. Sebiji macam ular yang ditemui pada minggu lepas! Ular yang sama mai rumah lagi kot?
Mujurlah anak lelaki yang sedang belajar di UiTM dan kini sedang bercuti ada di rumah, mudah sikit buat kerja. Mula-mula anak JR cuba sembur ular sepanjang kira-kira 2 kaki itu dengan ridsect tapi ternyata ia tak berkesan. Kemudian JR minta anak ambil air panas di dapur dan mencurahkan air panas itu ke badan ular yang sedang bersembunyi dekat rak kasut di luar rumah. Tapi air panas juga seperti tak mencederakan ular itu langsung. Kebalnya dia!

Kebetulan berdekatan anak ada cangkul. Lalu anak JR pukul badan ular itu dengan mata cangkul hingga tubuhnya terpotong tiga. Masa pukulan pertama ular itu nampak sedikit agresif seperti cuba menyerang anak JR dengan kepala sedikit kembang. Tapi bila kena pukulan kedua disertai hirisan yang mencederakannya, ular itu terus diam dan akhirnya mati.
Bangkai ular yang terpotong tiga dibaham mata cangkul
Mujur ada anak bantu, jika seorang diri susah juga hadapi binatang berbisa ini..
JR tak tau apa nama ular berwarna hitam itu. Ada orang kata ular kapak. Ada yang kata tedung hitam. Sama ada ia ular kapak atau ular tedung, kedua-duanya memang spesis binatang sangat berbisa yang gigitannya boleh menyebabkan kecederaan teruk atau kematian.
Enam bulan lepas seekor ular tedung senduk berwarna kelabu sepanjang lebih dari 1 meter berada di depan rumah. Mujur dengan bantuan JPAM dapat tangkap ular itu. JR pernah tulis entri mengenai kunjungan tetamu tak diundang ini.
Kali ini ular berwarna hitam pula datang. Itulah risikonya tinggal di rumah berdekatan bendang. Semoga tiada lagi kunjungan dari mana-mana spesis reptilia itu di masa depan, insyaallah...
Takutnya JR, saya tengok gambar ular pun takut, apa lagi tengok ular betul ni... ni pun scrool laju je bawah ..
ReplyDeleteassalam ,salam kenal,singgah dan terus follow.
ReplyDeletepernah bbrapa kali juga anak ular hitam masuk rumah ketika suami takde...wlpun kecil tapi takut sangat2.
Kalau kakcik bersendirian, memang 'mati kutu' la kakcik berhadapan dengan ular!
ReplyDeletebahaya...mujur ular tu tak agresif sangat...
ReplyDeleteLaju2 ai scroll ke bawah.. tak takut tapi geli.. masa menaip ni pun terasa2 gelinya.. huhuhu..
ReplyDeletetak sanggup nengoknya..geli geleman..takut..
ReplyDeleteermm.. selalu2 la tabur belerang di sekitar rumah.. Khabarnya belerang boleh buat binatang2 ni takut nak datang dekat...
ReplyDeleteseramnya. sy baru2 ni pulak ada lipan besar dekat bilik o.O
ReplyDeleteeee....seramnya...besar pulak tu
ReplyDelete