»
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts

09 May 2015

Hari Marah SeMalaysia


Dah dua hari hati panas membara. Marah! 

Bukan aku yang tak panas baran ini saja yang marah, isteri dan anak-anak juga turut marah. Semua kami ada share di dalam tabung itu. Semua kami ada niat untuk melakukan ibadah rukun kelima dalam Islam tapi mereka sesuka hati buat kerja tak cerdik dengan duit kami. Tak amanah betul!

Orang pekak dan buta pun mesti marah bila duit depa diguna sesuka hati. Apa lagi melabur dalam projek yang dah nak bangkrap. Hanya orang tak siuman saja kot tak marah.


 
Entah di mana kecerdikan mereka tanah yang dibeli oleh 1MDB seluas 70 ekar dengan harga RM194.1 juta (RM2.77 juta seekar) tapi dijual pula kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta untuk 1.5 ekar (RM125.66 juta seekar). 1MDB beli dengan harga RM2.77 juta seekar, jual kepada Tabung Haji dengan harga RM125.66 juta seekar. Urusniaga apa namanya ni??

Rasanya ada 4 orang saja dalam kes ini yang tak marah: Menteri Kewangan, Timbalan Menteri Kewangan, Pengerusi 1MDB dan Pengerusi Tabung Haji!

08 May 2015

Tragedi Milo


Tersentuh hati sikit bila baca berita seorang pemandu lori bernama Syamsul Akmaar Roslie 31 tahun yang dihukum penjara 3 hari dan denda RM600 kerana mencuri 4 paket Milo berharga RM127.96  dari Tesco Extra Cheras. Kata Syamsul, Milo itu adalah untuk kegunaan keluarganya, dia orang susah, isteri pula tak kerja.


Seperti yang dijangka, banyak komen yang bandingkan kecurian 4 paket milo berharga RM127.96  itu dengan kecurian lembu berharga RM250 juta oleh suami seorang VVIP, kehilangan RM42 bilion wang 1MDB dan yang terbaru kehilangan RM188.5 juta duit Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB. Ramai yang bertanya mengapa curi seratus ringgit lebih kena penjara tapi curi berjuta dan berbilion ringgit terlepas??





Bagi JR tak kira curi RM10, RM100, RM250 juta, RM42 bilion atau RM100 bilion, curi tetap curi, salah tetap salah. Tapi lagi besar salahnya jika curi berpuluh atau beratus ringgit dihukum tapi curi berjuta dan berbilion ringgit dibiarkan saja.....