»

03 May 2015

Hypo..Susah Nak Cakap


Beberapa hari dalam seminggu ini JR agak sibuk. Sebab itu jarang-jarang update blog ini. Apa lagi bila mak mentua masuk hospital akibat hypo, makin sibuklah JR. Maklumlah setiap malam selama 4 malam berturut-turut isteri tidur di hospital menjaga ibunya. Siang pula JR dan adik bongsu kepada isteri yang jaga mak mentua secara bergilir-gilir. Itulah perjanjian kami bertiga (JR, isteri dan adik ipar) untuk jaga mak mentua mengikut masa yang dipersetujui bersama. 

Isteri mempunyai 5 adik beradik, tapi perjanjian jaga mak itu tak melibatkan 3 adik beradiknya yang lain. Walaupun 3 adik beradiknya yang lain cuma tinggal sekitar Akor Setar, 2 daripadanya dah pencen pun, secara teori mereka mempunyai banyak masa, tapi soal jaga mak yang sakit soal lain...(malas nak cerita hal itu di sini!!).

Tapi alhamdulillah, petang kelmarin mak mentua yang mendapat rawatan selama 5 hari di Hospital Sultanah Bahiyah telah dibenarkan balik ke rumah. Semoga Allah melindunginya dan gula dalam darahnya akan sentiasa terkawal....

8 comments:

  1. Salam JR..alhmdulillah..dah boleh keluar wad. sy pun baru balik ke sarang lepas pulang neman mak dkt wad 2 3 hari lepas. Jaga org sakit ni kita pun boleh jadi sakit sbb selalu nk tidur asal boleh lelap je. Hehe..tak apa lah kan? Mcm mne pun..jnji org yg sakit bisa sembuh..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga beliau kembali sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya pula (tinggal di mainland) setiap jumaat mesti pergi rumah mertua (di seblah pulau) bawa dia pergi sembahyang jumaat sedangkan dia punya anak dan menantu lelaki di sebelh pulau yang logiknya lagi dekat untuk membawanya.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah membalas JR sekeluarga dengan ganjaran yang berliat kali ganda. Ikhlaskan hati, ada yang menanti.

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah...semoga mak mertua jr kembali ceria dan sihat :-))

    ReplyDelete
  7. hyo? sakit yg bagaimana tu

    ReplyDelete
  8. mmg betul lah...sorang ibu boleh menjaga 10 anak...5 anak belum tentu semua sanggup dan boleh jaga ibu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....