Pagi kelmarin JR pergi beli nasi lemak ayam bakar di sebuah gerai di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar. JR seperti dah jadi pelanggan tetap penjual nasi lemak itu sejak beberapa tahun lepas. Setiap hujung minggu atau cuti kerap beli nasi lemak di situ kerana anak-anak suka makan nasi lemak ayam bakar. Sejak beberapa tahun ini harga nasi lemak ayam bakar yang dijual oleh penjual itu ialah RM2.50 sebungkus.
Tapi
pagi kelmarin wanita penjual nasi itu beritau harga nasi lemaknya naik 5
kupang (50 sen) sebungkus - dari RM2.50 menjadi RM3.00 sebungkus. Kenaikan 20%!
"Awat naik?" tanya JR, "Sebab GST ka?".
"Ya.. sebab GST. Semua harga barang naik kena GST, mana boleh tahan niaga macam ni" jawab peniaga itu.
Sebenarnya
JR tak nak bergaduh dengan wanita penjual nasi lemak itu. JR dah lama
menjadi pelanggan nasi lemaknya, tak baguslah bergaduh. Lagi pun ketika
itu pelanggan ramai, nanti menjatuhkan maruahnya pula.
Tapi alasannya menaikkan harga nasi lemak kerana GST tak logik langsung. Ini kerana semua bahan asas
buat nasi lemak tak kena GST. Beras, cili kering, bawang, gula, minyak kelapa, santan
kelapa, ikan bilis dan ayam...semuanya tak kena GST, tapi macam mana
pula harga nasi lemak boleh naik harga disebabkan GST? Yang lebih pelik kenaikan harga
bukan lagi 6% tapi 20%!
Tak
kan pula kerana wanita itu nak cover harga barang lain yang kena GST
seperti susu dan lampin bayi, kelengkapan sekolah anak, kad prepaid henfon, tayar kereta dan lain-lain, dia naikkan harga sebungkus nasi lemak? Lainlah kalau nasi lemaknya itu perlu dicampur dengan susu bayi, perca lampin bayi, stationary dan serpihan kad prepaid untuk sedapkan nasi lemak dan kemudian dia naikkan harga, itu memang patut la!! ...
Patutlah ada orang kata GST itu Geng Suka Tipu....
asalamualaikum jr...SOKONG kata jr tu...setakat nie yan lom jumpa barang yang turun harga:-((
ReplyDeleteAkhirnya... pengguna juga yang terkena....
ReplyDeleteAduhaiiiii.... hadap ajer lah JR...
ReplyDeleteKat sini selalu beli nasi kukus ayam berempah RM 5.00 sekarang pun naik 50 sen...
kan ! sebenarnya sistem GST tu tak bermasalah tapi peniaga yg buat hal dan kambing hitamkan sistem GST . mangsanya adalah kita yg jadi pengguna dan pembeli
ReplyDeletelagi satu JR, yang boleh letak gst ke dalam harga jualannya ialah yang dah berdaftar dengan kementerian.
ReplyDeletekesian.... kita telah dimaslankan...
silap tu tu tuan. bukan sebab bahan asas tak kena GST peniaga tu nak naik brg sesuka hati. Tapi bahan asas tu sendiri yang mengalami kenaikan. sepatutnya kerajaan lah yg pantau kenaikan harga brg2 asas ni. bukan peniaga. tempat sy ni bawang dan cili kering naik harga sehingg rm1-rm2 termasuk bahan2 asas yg lain walaupun tak kena GSt. jadi adakah peniaga MAKANAN ni boleh jual pada harga lama?
ReplyDeletenasi lemak biasa area rumah sy naik 30sen.
contoh mudah, beras dari rm10 jadi rm11. itu kenaikan rm1. belum ayam, bawang, cili kering, ayam, bil api, gas, air, sewa kedai (kalau ada)... bla bla bla
contoh jela... mereka tersepit
Kalau sedap.. takpelah.. bukan selalu beli.. tapi kalau kali pertama beli.. mahal dan tak sedap, itu yang saya akan bebel manja dan tak puas hati.. huhuhu..
ReplyDeleteitu nasi lemak...JM beli jagung rebus....RM2.00 dah naik RM2.50....siapa ckp barang mcm tu x kena GST....almost 100% harga barang naik.....peniaga ambil kesempatan naik harga terutama penjual nasi campur
ReplyDelete