Pagi kelmarin JR pergi beli nasi lemak ayam bakar di sebuah gerai di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar. JR seperti dah jadi pelanggan tetap penjual nasi lemak itu sejak beberapa tahun lepas. Setiap hujung minggu atau cuti kerap beli nasi lemak di situ kerana anak-anak suka makan nasi lemak ayam bakar. Sejak beberapa tahun ini harga nasi lemak ayam bakar yang dijual oleh penjual itu ialah RM2.50 sebungkus.
Tapi
pagi kelmarin wanita penjual nasi itu beritau harga nasi lemaknya naik 5
kupang (50 sen) sebungkus - dari RM2.50 menjadi RM3.00 sebungkus. Kenaikan 20%!
"Awat naik?" tanya JR, "Sebab GST ka?".
"Ya.. sebab GST. Semua harga barang naik kena GST, mana boleh tahan niaga macam ni" jawab peniaga itu.
Sebenarnya
JR tak nak bergaduh dengan wanita penjual nasi lemak itu. JR dah lama
menjadi pelanggan nasi lemaknya, tak baguslah bergaduh. Lagi pun ketika
itu pelanggan ramai, nanti menjatuhkan maruahnya pula.
Tapi alasannya menaikkan harga nasi lemak kerana GST tak logik langsung. Ini kerana semua bahan asas
buat nasi lemak tak kena GST. Beras, cili kering, bawang, gula, minyak kelapa, santan
kelapa, ikan bilis dan ayam...semuanya tak kena GST, tapi macam mana
pula harga nasi lemak boleh naik harga disebabkan GST? Yang lebih pelik kenaikan harga
bukan lagi 6% tapi 20%!
Tak
kan pula kerana wanita itu nak cover harga barang lain yang kena GST
seperti susu dan lampin bayi, kelengkapan sekolah anak, kad prepaid henfon, tayar kereta dan lain-lain, dia naikkan harga sebungkus nasi lemak? Lainlah kalau nasi lemaknya itu perlu dicampur dengan susu bayi, perca lampin bayi, stationary dan serpihan kad prepaid untuk sedapkan nasi lemak dan kemudian dia naikkan harga, itu memang patut la!! ...
Patutlah ada orang kata GST itu Geng Suka Tipu....