»

17 May 2015

Bodohnya Bangsaku!


Tingginya tahap imaginasi sesetengah kaum bangsaku:

 
Kalau dah fanatik, alergik dan fobia sangat dengan apa saja simbol menyerupai salib:

-Jangan lagi pakai huruf  dalam semua perkataan kerana t serupa dengan simbol salib. Tukar semua t kecik dengan t besar (T). Contoh ejaan empat jadi empaT, kentut jadi kenTuT, mati jadi maTi. Kalau anak fail Bahasa Melayu kerana ejaan pun tak betul, jangan marah dia.

-Jangan guna '+'  masa mengira sebab + serupa dengan salib. Ganti + dengan simbol lain seperti #. Contoh kalau nak tulis 2+2, ganti dengan 2#2. Biar anak-anak gagal matematik, asal ibu bapa bahagia.

-Jangan biar wujud lagi papan tanda jalan bersimpang empat atas bumi Malaysia kerana ia menyerupai salib. Ganti dengan simbol lain. Juga elakkan buat jalan bersimpang empat sebab ia nampak macam salib, ganti dengan jalan simpang lima atau simpang sepuluh! Biar rugi duit rakyat utk ganti semua papantanda  dan jalan asal kita bahagia..

.
-Jangan biarkan ada tiles berbentuk empat segi dalam rumah kerana ia menyerupai salib. Pecah dan gantikan semua tiles empat segi dalam rumah dengan lantai simen. Biar tak cantik, biar habis duit utk kos pecah lantai asal kita bahagia.


Bodohnya sesetengah kaum bangsaku!

9 comments:

  1. bila tunjukkan anak part payung seperti salib tu,anak kata abis nak buat payung bentuk cmana?
    susahnya kalau dah fanatik dan fobia....sedangkan Islam itu mudah.

    ReplyDelete
  2. setuju kata kak saniah...islam itu mudah... :-))

    ReplyDelete
  3. hehe..bukan bodoh.. tp kelakar. JR. Gigih abg JR bold satu2 huruf t..kagum sy

    ReplyDelete
  4. saya cuma mahu...ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  5. Susahlah kalau camtu...konfius anak cucu nanti...ish! Ish! ish!...

    ReplyDelete
  6. mcm2 ....bis tu nk design payung cam ne ....

    ReplyDelete
  7. hahaha..adoilah, bangsaku!lawak macam kes iluminati jugak..jangan main dam sebab bentuk petak-petak tu simbol iluminati.

    ReplyDelete
  8. nasi lemak yg sejak dr nenek moyang kita tu dah mkn pun jadi mangsa ... saya dah malas nak layan . itu semua bergantung pada niat . benda2 tu x bersalah pun ..

    ReplyDelete
  9. Islam pada hati... bukan pada payung, papan tanda, simbol matematik and bla-bla-bla.... hehehehee... :p

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....