»

08 November 2014

Mohammed Taha Al-Junaid


Bukan nak puji diri, tapi memang JR agak mudah meniru gaya suara dan alunan lagu penyanyi-penyanyi kita juga penyanyi luar negara. Masa zaman sekolah selalu masuk pertandingan menyanyi walau tak pernah menang nombor 1 hingga 3. Pernah menjadi anggota band sekolah, bermain drum. Tapi sekarang dah pencen nyanyi, cuma sesekali lepas gian menyanyi dalam bilik air...

Tapi yang herannya nak mengikut gaya bacaan al-Quran beberapa nama terkenal dalam youtube memang sangat susah. Setiap kali solat di rumah JR cuba mengikut gaya bacaan al-Fatihah dan surah-surah Sheikh Mohammed Taha Al-Junaid tapi rasanya ia tak begitu menjadi. Paling kerap cuba mengikut gaya bacaan ketika Sheikh Mohammed Taha  masih kanak-kanak:


Tapi kadang-kadang cuba juga mengikut lenggok dan gaya bacaan Sheikh Mohammed Taha Al-Junaid ketika dia sudah dewasa:


Tapi itulah..rasanya tahap bacaan JR masih jauh bumi dengan langit berbanding Sheikh Mohammed Taha. Dah bertahun-tahun mencuba gaya lagu bacaannya tapi isteri kata masih tak menjadi, hehehehe...

Tapi tak apalah, JR bukan nak menjadi sebaik Sheikh Mohammed Taha. Asalkan tajwidnya betul... dan yang penting sebagai seorang Islam kita perlu memperbaiki tahap bacaan kita, terutama bacaan al-Fatihah dan surah-surahnya ketika solat. Semoga Allah menerima solat kita....

2 comments:

  1. betul tu JR...sbg seorg islam..kita perlu memperbetulkan tajwid kita...perlu belajar...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....