»
Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

20 June 2015

Puasa Tapi Tak Solat!!



Sesiapa yang ada anak kecil, jangan lupa pesanan Ustaz Datuk Abu Hasan Din Alhafiz ini:


Pesanan ustaz Abu Hasan ini juga sesuai untuk mereka yang dah dewasa, rajin berpuasa tapi masih culas dalam solat (kecuali solat Raya memang rajin!).

Dalam keadaan apa pun utamakan solat. Solat adalah tiang agama. Bolehkah terbina sebuah bangunan tanpa tiang, yang ada cuma lantai, dinding dan bumbung? Reban ayam pun ada tiang, apa lagi bangunan kukuh dan hebat....


Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Ini episod ulang tayang yang setiap kali bulan Ramadhan JR nampak. Tadi pun nampak episod yang sama: wajah kanak-kanak yang terlalu muda keletihan kerana berpuasa. Sesetengahnya terlalu muda sangat - masih tadika - tapi sudah berpuasa penuh.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

21 April 2015

Bila Toleransi Sudah Mati


Bila masih ada akal budi 
toleransi segar mewangi

 

Bila akal budi sudah mati 
tiada lagi toleransi


Hampir setiap hari JR menyusuri jalan itu ketika hantar anak ke tuisyen. Sebuah gereja dan sebuah kuil Sikh berdiri hampir sebelah menyebelah 50 meter dari tempat tuisyen. Tak pernah pula akidah JR tergelincir hanya kerana hari-hari melihat salib di atas bumbung gereja atau kubah sebuah kuil Sikh..

 "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

21 November 2014

Najis-Najis Yang Tak Batalkan Solat


Salam Jumaat untuk semua pembaca blog JR.

Lebih kurang 4 jam lagi semua yang wajib menunaikan solat Jumaat akan ke masjid. Yang tak wajib tunaikan solat Jumaat akan bersolat zohor sama ada di rumah atau di tempat kerja. 

Katalah tiba-tiba pakaian yang kita pakai untuk bersolat nanti terkena najis  tentu kita risau. Apa lagi jika dah berada di masjid baru menyedarinya, nak patah balik ke rumah dah tak sempat. Jadi bagaimana?

Sebenarnya bukan semua najis tak boleh dibawa solat. Ada najis yang tak membatalkan solat:

08 November 2014

Mohammed Taha Al-Junaid


Bukan nak puji diri, tapi memang JR agak mudah meniru gaya suara dan alunan lagu penyanyi-penyanyi kita juga penyanyi luar negara. Masa zaman sekolah selalu masuk pertandingan menyanyi walau tak pernah menang nombor 1 hingga 3. Pernah menjadi anggota band sekolah, bermain drum. Tapi sekarang dah pencen nyanyi, cuma sesekali lepas gian menyanyi dalam bilik air...

Tapi yang herannya nak mengikut gaya bacaan al-Quran beberapa nama terkenal dalam youtube memang sangat susah. Setiap kali solat di rumah JR cuba mengikut gaya bacaan al-Fatihah dan surah-surah Sheikh Mohammed Taha Al-Junaid tapi rasanya ia tak begitu menjadi. Paling kerap cuba mengikut gaya bacaan ketika Sheikh Mohammed Taha  masih kanak-kanak: