»

08 November 2014

Pengajaran Tragedi Chong Wei


Akhirnya hero badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif dexamethasone dalam keputusan ujian sampel B yang baru diumumkan tadi. Dua minggu lepas sampel A membuktikan Chong Wei ambik dexamethasone, kini sampel B mengesahkan pengambilan bahan terlarang itu.

Sebagai hukuman, Persatuan Badminton Dunia (BWF) mungkin akan menggantung penyertaan Chong Wei dalam mana-mana pertandingan badminton dunia selama 2 tahun. Bila lepas 2 tahun nanti, Chong Wei semakin berusia, dia tentu tak akan main badminton lagi. Terpaksalah dia ucapkan bye-bye kepada dunia badminton..

Kepada Chong Wei, terima kasih kerana telah melakukan yang terbaik untuk harumkan nama negara. Kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan badan-badan sukan lain, tragedi Chong Wei ini perlu dijadikan iktibar dan pengajaran. 

Juga kepada kita orang-orang biasa perlu jadikan tragedi ini sebagai iktibar agar lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Jangan ambil mudah dalam segala hal yang kita kurang arif mengenainya...

3 comments:

  1. http://madey09.blogspot.com/2014/11/jemputan-naik-pangkat-2-blogger-lelaki.html datang baca dan kalau suka hargai lah ya..

    ReplyDelete
  2. ada jg di blog Etuza, info ringan ja tak nak ulas banyak ..dia tu pemain Badminton kegemaran nick irfan anak etuza yang ke 4..kecewa dia,, apakn daya ..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....