Salam petang yg hangat dari JR
Sebenarnya bukan saja cuaca di luar sana hangat, hati JR juga tika ni kalau diikutkan boleh naik sedikit degree kehangatannya. Tapi memandangkan ia mungkin kerja orang gila, tak apa la. Istighfar banyak-banyak wahai JR!!
Sebenarnya sebentar tadi ketika sedang memeriksa komen-komen kat blog ni, JR terbaca komen ni:
- Woi malaysia anjing.. Diam kau.. Pencuri.. Pantasnya mati kalian bangsa terkutuk
JR anjing? JR pencuri? JR bangsa terkutuk yang sepatutnya mati saja?
Hmmmm...tengok ungkapan anjing, pencuri dan makian-makian durjana itu saja JR dah tau dia datang dari arah mana!! Pasti ia ditembak dari seberang Selat Melaka. Cuma tak tau si-penulis anom pengecut Indonesia ni asalnya dari wilayah mana: dari Jawa, dari Sumatra, dari Sulawesi, dari Bali atau dari Kalimantan?
Mengapa kawan kita dari Indonesia tu marah sangat sampai menulis komen tu dalam blog JR? JR tak tau mengapa komen yang baru ditulis itu dititipkan dalam entri yang sudah lama keluar, entri bulan Mei, yang bertajuk "Judgement Day: EMPAT JAM LAGI DUNIA AKAN KIAMAT?" Walaupun JR tak pasti mengapa dia begitu marah, tapi mungkin ia ada hubungan dengan entri JR itu sendiri. Mungkinkah si-anom pengecut tu seorang penganut Kristian yang tersinggung dengan teguran sinis JR kepada seorang paderi sesat dalam entri itu?
Apapun, komen si-anom tu tak akan menyebabkan JR bersikap membenci Indonesia. Di balik seorang dua orang Indonesia yang begitu bersikap keanak-anakan (orang Malaysia juga ada yang bersikap sama) masih ada berjuta orang Indonesia di luar sana yang begitu menghormati orang lain, termasuk Malaysia negara serumpun mereka. JR sendiri punya ramai rakan Indonesia yang begitu understanding, sporting, santun dan baik hati!!
setuju tu JR...tak semua org indonesia jahat dan tak semua org kite ni baik. sy percaya kutukan dan kejian itu sume hanya dtg dr sebilangan mereka yg sgt cetek akal dan ilmunya.
ReplyDeleteala kat malaysia ni pun ada 2 golongan org indo ni... yg dtg dgn niat baik kerja sungguh-sungguh bersahabat dgn kita... satu lagi golongan yg mmg datang sini nak jadi perompak, pecah rumah mmg penjenayah... nak kata mcm mana tu...
ReplyDeletekata dulang paku serpih...
Nape ek macam tu??? Kite x pernah membenci die orang...
ReplyDeleteNape ek macam tu??? Kite x pernah membenci die orang...
ReplyDeleteMyHeart: Jahat & baik ada di mana2, ia bukan kerana bangsa dan negara, tapi ia kerana org itu sendiri dan latar belakang pendidikannya..
ReplyDeleteejaMaria: Org Malaysia di Malaysia juga terbahagi kpd banyak golongan, ada yg baik, ada yg tak baik, ada yg kdg2 baik dan kdg2 jahat...
ReplyDeletepena rozie: Mungkin ada yg cemburu kot...
ReplyDeletesabarlah banyak2..:)
ReplyDeleteentah apa-apa le komen macam tu kan
ReplyDeletepernah jugak kena serang gan cik Anon tapi tak ambik port....malas nak layan...
ReplyDeleteni yang support jr ni,.bukan semua warga indonesia tu jahat,ada je tengok kat page indonesia rakyat dia support kita..kita pun bukan baik sangat,ada yang maki hamun mereka dah tak ingat tuhan...
ReplyDelete&tak baik maki2.hehee
bise la 2...mesti ade yg tak puas hati je...
ReplyDeleteArra: memang sabar selalu..
ReplyDeleteSharinginfoz, Cik Rose, Woofer, Zora: Bukan semua drpd Indonesia jahat dan bukan semua drpd Malaysia baik....
ReplyDelete