»

13 December 2011

Seram....Berita Maut Untuk Penggemar Jus Oren

Salam tengahari Selasa untuk semua pembaca blog JR. Terima kasih kerana masih di sini bersama JR.

Korang pastinya dah sarapan kan? Sekarang pasti ada yg dah pikir nak makan apa tengahari ni pula. 

Dan kalau makan, apa agaknya minuman favourite korang? Kalau JR, JR lebih suka memilih air suam. Tapi ada yang suka memilih minuman berkhasiat lain: teh/teh ais, kopi/kopi ais, milo/milo ais dan lain-lain. Tapi ada juga yang suka minuman jus, terutama jus oren.



Tapi tahukah korang jus oren adalah satu minuman yang tak sihat untuk diminum? 

Mengikut www.foodrenegade.com, jus oren yang dibotolkan untuk pasaran melalui beberapa proses. Setelah oren diperah, jus tadi disimpan dalam tangki besar di mana oksigen akan disingkirkan bagi memastikan ia tahan lama sehingga setahun tanpa mengalami kerosakan. Tapi penyimpanan bertahun dalam tangki besar ini akan menyebabkan jus oren kehilangan rasa oren aslinya. Bagi mengembalikan rasa oren, penambah perisa ditambah dan di sinilah segala yang merosakkan kesihatan  itu  bermula....

Menurut foodrenegade.com, syarikat pembuat jus mengupah sekumpulan 'jurutera buah' bagi mengembalikan rasa segar oren dengan menambah perisa tiruan yang mempunyai rasa dan bau seperti oren asli!! Yang lebih teruk ialah penambah perisa yang dilabelkan dibotol jus oren itu menyatakan ia dihasilkan daripada pati oren, namun ia sebenarnya adalah bahan yang dihasilkan daripada proses kimia. Dr Alissa Hamilton telah membongkar penipuan kebanyakan jenama jus oren popular ini di dalam bukunya 'Squeezed:  What You Don't Know About Orange Juice'. Buku ini memperingatkan pembaca betapa pentingnya untuk mereka memahami bagaimana mereka ditipu dan bagaimana minuman dihasilkan kerana label dibotol minuman tidak menceritakan fakta sebenar kandungan di dalamnya.

Mengapa jus oren perlu dielakkan? Segelas jus oren mengandungi 50% fruktosa yang menyamai 10 sudu teh gula yang boleh menyebabkan peminumnya menghadapi pelbagai penyakit kronik termasuk diabetes, darah tinggi, sakit buah pinggang dan obesiti. Fruktosa merupakan 'bahan penipu otak manusia' kerana ia banyak membuat 'tipu helah' yang menyebabkan peminumnya akan menjadi lebih lapar, lebih banyak makan dan dengan pantas akan menyebabkan peningkatan berat badan, perut buncit, menaikkan tekanan darah dan paras gula....simptom yang biasanya dikaitkan dengan kematian mengejut!!

Selepas membaca apa yang dicatatkan JR di atas, apa perasaan korang? Jika korang rasa sudah jemu untuk mengharungi hidup yang sangat mencabar ini, minumlah jus oren selalu....

(Sumberfoodrenegade.com/amazon.com/isihat)

2 comments:

  1. dah lame tak minat jus oren. atikel berkenaannya turut tersiar di iSihat Nov. 2011. :-)

    ReplyDelete
  2. jus oren..nak yang berkualiti, buat sendiri..
    ada sesetengah ubat lebih berkesan diambil bersama dengannya..

    tapi...tak nak mati disebabkan jus oren..tak berbaloi..hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....