Salam pagi Isnin buat semua pembaca blog JR,
Pagi ni JR tak mau tanya korang sama ada dah makan ke belum. Semuanya dah besar panjang kan, kalau perut menyanyikan lagu keroncong atau lagu rock, pandai-pandailah cari makan sendiri..
Soalan JR pagi ni: korang dah bersenam ke pagi ni? Bagi yang mula masuk kerja jam 8 hingga 9 pasti ini soalan gila. Mana sempat nak bersenam jika tak nak kena marah dengan boss kerana masuk kerja lewat? Tapi bagi mereka yang kerja cikgu, sempena musim cuti sekolah ni, ramai yang JR nampak berjoging pagi tadi. Ada yang berjoging secara solo (seperti JR), ada dengan pasangan masing-masing.
Apa pun, berita buruk untuk mereka yang rajin bersenam (termasuk JR) ialah mengikut kajian terbaru senaman juga boleh membunuh!! Di sekolah dulu cikgu kita ajar bahawa jika melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Jika jumpa doktor, nasihat yang sama diberikan. Rupanya nasihat cikgu dan doktor tu salah!!
Kajian oleh sekumpulan pakar dari Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti sukan secara ekstrem termasuk larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Begitu juga jika melakukan joging setiap hari tanpa memberi peluang jantung berehat, ia juga boleh merosakkan jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Patutlah ada atlet tersohor yang diserang sakit jantung ketika sedang berolahraga, bermain bola dan menyertai lain-lain acara sukan. Rupanya bersukan secara berlebihan boleh merosakkan jantung.
Pengajaran dari penemuan Universiti Melbourne, Australia ini ialah semua yang dilakukan di dunia ini tak boleh dilakukan secara berlebihan dan keterlaluan. Bersukan memang baik, tapi berpada-padalah. Seperti JR, walaupun berjoging hampir setiap hari tapi JR pastikan hari Jumaat dan Sabtu jantung berehat secukupnya...
ya..sebab tu nabi suka kesederhanaan..sebab dapat balance semua aspek..
ReplyDelete