»
Showing posts with label malang GST. Show all posts
Showing posts with label malang GST. Show all posts

20 March 2015

Gempaq GST???


Bulan lepas mamak Salam yang berniaga kedai runcit tak jauh dari rumah JR beritahu bulan ini (Mac) adalah bulan terakhir dia berniaga. Walaupun dah dekat setengah abad berniaga di tapak yang sama tapi dia tak dapat berniaga lagi, semuanya gara-gara GST. 

Kata mamak Salam dia tak tau macam mana nak berniaga bila GST diperkenalkan bulan depan. Dia takut risiko kerugian lepas GST dilaksanakan.

"Balik Indialah lepas ini. Gomen sana lebih baik dari gomen sini..." kata mamak Salam.

Tapi sampai sekarang pun JR tengok kedai mamak Salam masih beroperasi seperti biasa. Tak nampak pun tanda-tanda dia nak tutup kedai. Gempaq saja kot?

Tadi JR baca ada kedai runcit lain yang juga nak tutup kononnya kerana GST. Tak taulah sama ada tokeh kedai tu serius nak tutup atau gempaq saja...: