»

20 March 2015

Gempaq GST???


Bulan lepas mamak Salam yang berniaga kedai runcit tak jauh dari rumah JR beritahu bulan ini (Mac) adalah bulan terakhir dia berniaga. Walaupun dah dekat setengah abad berniaga di tapak yang sama tapi dia tak dapat berniaga lagi, semuanya gara-gara GST. 

Kata mamak Salam dia tak tau macam mana nak berniaga bila GST diperkenalkan bulan depan. Dia takut risiko kerugian lepas GST dilaksanakan.

"Balik Indialah lepas ini. Gomen sana lebih baik dari gomen sini..." kata mamak Salam.

Tapi sampai sekarang pun JR tengok kedai mamak Salam masih beroperasi seperti biasa. Tak nampak pun tanda-tanda dia nak tutup kedai. Gempaq saja kot?

Tadi JR baca ada kedai runcit lain yang juga nak tutup kononnya kerana GST. Tak taulah sama ada tokeh kedai tu serius nak tutup atau gempaq saja...:

4 comments:

  1. semakin hampir tarikh tu semakin banyak kedai2 makan naik harga...

    ReplyDelete
  2. ye lah tu nk tutup..siapa yg rugi sebenarnya jika launch GST ni..pembeli ke pemborong or peniaga..kalau mereka faham x de nya nk tutup kedai

    ReplyDelete
  3. Kedai-kedai runcit sebelum GST lagi memang dah nak bungkus dah pun. Kawan-kawan Cina yang kat kampung saya kat Batu Gajah pun cerita untung sekarang yang makin ciput. Puncanya sebab pembukaan hypermarket. Peruncit dah lama susah nak cari makan bila ada hypermarket di buka di satu-satu pekan.

    Member Melayu yang bukak, dah awal-awal lagi bungkus kedai runcitnya. Last choice, bukak kedai makan. Yang ni, mungkin boleh bertahan lama sikit, kot?

    ReplyDelete
  4. saya fikir GST taklah seteruk yg digambarkan . pasti ada kelebihan dan kekurangannya ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....