»
Showing posts with label lesen memandu hilang. Show all posts
Showing posts with label lesen memandu hilang. Show all posts

16 February 2015

Bila Lesen Memandu Hilang


Minggu lepas JR ada buat entri tentang dompet Fitri, anak lelaki JR yang hilang dikebas penyeluk saku. Di dalam dompet itu ada sedikit duit, IC, lesen memandu, kad ATM dan kad metrik universiti tempat dia belajar.

Mujurlah masa pergi buat IC baru, pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengecualikan bayaran RM110 yang sepatutnya dibayar bila IC hilang. Mujurlah pegawai itu menerima rayuan anak JR agar dikecualikan bayaran kerana ia berlaku bukan atas kecuaiannya tetapi akibat perbuatan penyeluk saku.

Petang semalam JR bawa Fitri ke Jabatan Pengangkutan Jalan pula untuk membuat Lesen Memandu baru. Harap-harap JPJ seperti juga JPN, kecualikan bayaran buat lesen memandu yang hilang...

Selepas mengambil angka giliran dan mengisi borang kehilangan lesen memandu, akhirnya nama Fitri dipanggil oleh petugas kaunter.

"Ada buat laporan polis?" tanya petugas kaunter.