»
Showing posts with label kad debit. Show all posts
Showing posts with label kad debit. Show all posts

18 March 2015

Berita Buruk Untuk Pemegang Kad Debit


Korang ada gunakan kad debit? JR dan isteri memang dah lama gunakan kad debit. Sekurang-kurangnya dengan adanya kad debit memudahkan kita berurusan ketika membeli barang. Tak perlu pergi ke mana-mana bawa duit cash penuh satu poket. 

JR sendiri bukan selalu bawa duit cash banyak-banyak dalam poket. Biasanya dalam poket JR cuma ada antara RM50 hingga RM200 saja cash. Kalau beli barang di supermarket JR biasanya bayar gunakan kad ATM yang juga bertindak sebagai kad debit. 

Kalau sebelum kad debit ada di Malaysia, jika tak bawa cash yang cukup ketika berurus niaga, JR akan pakai kad kredit. Tapi faham sajalah kad kredit, memang ia dicipta oleh puak kapitalis untuk hisap darah pengguna. Dengan pelbagai charge - finance charge ler, late charge ler... akhirnya nafas pengguna yang tercekik. Sebab itu JR lebih suka guna kad debit dari kad kredit.

Tapi tadi bila baca Sinar Harian terkejut juga JR bila dapat tau kad debit juga ada keburukannya. Jika nasib tak baik wang simpanan kita boleh hilang ketika transaksi gunakan kad debit: