»

18 March 2015

Berita Buruk Untuk Pemegang Kad Debit


Korang ada gunakan kad debit? JR dan isteri memang dah lama gunakan kad debit. Sekurang-kurangnya dengan adanya kad debit memudahkan kita berurusan ketika membeli barang. Tak perlu pergi ke mana-mana bawa duit cash penuh satu poket. 

JR sendiri bukan selalu bawa duit cash banyak-banyak dalam poket. Biasanya dalam poket JR cuma ada antara RM50 hingga RM200 saja cash. Kalau beli barang di supermarket JR biasanya bayar gunakan kad ATM yang juga bertindak sebagai kad debit. 

Kalau sebelum kad debit ada di Malaysia, jika tak bawa cash yang cukup ketika berurus niaga, JR akan pakai kad kredit. Tapi faham sajalah kad kredit, memang ia dicipta oleh puak kapitalis untuk hisap darah pengguna. Dengan pelbagai charge - finance charge ler, late charge ler... akhirnya nafas pengguna yang tercekik. Sebab itu JR lebih suka guna kad debit dari kad kredit.

Tapi tadi bila baca Sinar Harian terkejut juga JR bila dapat tau kad debit juga ada keburukannya. Jika nasib tak baik wang simpanan kita boleh hilang ketika transaksi gunakan kad debit:



Takut juga kan...?

Apa pun sehingga sekarang JR belum hadapi masalah bila gunakan kad debit. Duit belum pernah hilang sesen pun lagi..alhamdulillah.. Dengan yuran tahunan cuma RM24 setahun, penggunaan kad debit sangat berbaloi dari berjalan bawa wang penuh poket yang terdedah kepada pelbagai risiko...

Cuma yang JR rasa macam tak sedap hati, mulai 1 April depan adakah penggunaan kad debit turut dikenakan GST??


12 comments:

  1. Mujur yan tak ada kad debit dan kad kredit...bahaya juga tu..buatnya casher tersalah tekan...tak pasal2 hilang duitnya..
    semakin dekat GST semakin tertekan dibuatnya...duit rm50 macam dah tak der nilai sekarang..

    ReplyDelete
  2. Saya & isteri pun gunakan debit card sahaja sekarang ni..
    Langkah terbaik ialah, pastikan our dedicated debit card, bukan lah kad yg kita simpan segala wang dalam tu ( saving account). Saya & wife gunakan current account utk debit card, yg mana duit dalam tu, mmg tak pernah saya letak banyak pun..hihihih

    ReplyDelete
  3. Hana memang dah jarang guna cash semua pun debit. Cash less than 100 kalau ada pun untuk belanja makan. Tapi tula kena hati2. Tapi duit kad debit ni kuar masuk je bukan saving.

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang sama dengan Daddy Ziyyad.. sekurang-kurangnya kalau hilang pun takdelah sampai terduduk.. tapi nauzubillah.. jauhkanlah hendakNYA.

    ReplyDelete
  5. caj kad debit rm24 setahun? mahal gak tu..kad debit saya rm12 je setahun.

    ReplyDelete
  6. Saya pun sama jugak selesa bayar guna kad debit. Ada masa, malas nak cucuk duit kat ATM, senang bayar terus kat pasaraya guna kad debit. Cuma masalah bila GST la. Dah la barang tu dah kena GST, nak bayar guna debit card pun GST jugak. Double GST.

    ReplyDelete
  7. saya pengguna kad debit juga . pernah satu ketika , penjual smrtphone berbangsa cina menasihatkan saya supaya berbelanja menggunakan cash krn lbh jimat sbb debit kad akan kenakan caj tambahan . itu mmg betullah . saya lbh suka bank in pembayaran jika berbelanja secara online .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenape peniaga suka cash dari kad, sebab bila buat income tax, yg cash income yg masuk tu diorg tak declare kat jabatan hasil..no proof rite.. so banyak le income masuk poket,..kaya pun cepat.. sebab kalau declare kan kena charge tax..

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nak wat camana jr...pasni ngadap gstla kita...

    ReplyDelete
  10. Dulu ade kad kredit.. awal tahun ni pulangkan balik sebab kena fraud dari luarnegara..seramzzz... sekarang ni guna debit kad maybank punya.. so far beli via mbank2u kalau kat internet.. harap2 tak kena fraud dah.. serik!

    ReplyDelete
  11. 10 tahun kerja saya filekan income tax org perseorgan dan company, kira tax gst, send or claim gst kepada jabatan hasil, ape yg dimaksud kan dalam bill tu ialah.. macam bank charge bulanan rm10.. gst 6%..so now charge dia..rm10.6.. kuar duit mana ade charge lain la kalau ambik duit guna card giro untuk bank lain

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....