Hari ini JR agak sibuk, oppps..bukan 'agak sibuk', tapi sebenarnya sangat-sangat sibuk. Lepas saja publish satu entri kat blog ini pagi tadi, JR terus keluar rumah menghabiskan beberapa kerja luar rumah yang perlu dibereskan.
Lebih kurang setengah jam tadi, selepas solat isyak baru free sikit. Lepas solat isyak, JR terus buka blog. Seperti biasa hari Sabtu tak ramai orang jenguk blog ini. Agaknya hari Sabtu orang lain juga seperti JR - sibuk, sibuk, sibuk....

