»
Showing posts with label Padang Besar. Show all posts
Showing posts with label Padang Besar. Show all posts

18 April 2015

Pulut Durian & Ais Krim Kelapa Padang Besar


Pagi kelmarin JR dan isteri ke UiTM Arau, Perlis untuk ambik barang-barang anak keempat (Fahmie) yang telah menamatkan pengajian semester keduanya di universiti itu. Mulai hari ini Fahmie bercuti semester 2 selama 2 bulan sebelum sambung pengajian pada hujung bulan Jun nanti.

Lepas ambik barang anak di Arau, JR, isteri dan Fahmie ke Padang Besar. Fahmie ikut sama kerana katanya dah lama tak ke Padang Besar. Isteri pula biasalah nak beli beberapa barang dapur di bazaar Padang Besar.

Kami sampai ke Padang Besar sekitar pukul 10.30 pagi. Pengunjung tak ramai seperti sebelum ini. Biasanya parking penuh, kali ini masih banyak kosong. Mengikut peniaga (kebanyakannya Muslim Thailand), sekarang orang Malaysia tak begitu ramai ke Padang Besar seperti dulu. Ia mungkin kerana barangan Siam yang dijual di Padang Besar harganya lebih mahal berbanding dulu akibat kejatuhan teruk mata wang Malaysia sekarang. Satu lagi faktor kata peniaga ialah GST. Bila nilai duit Malaysia jatuh dicampur pula dengan cukai GST, harga barang jadi bertambah mahal.