»

18 April 2015

Pulut Durian & Ais Krim Kelapa Padang Besar


Pagi kelmarin JR dan isteri ke UiTM Arau, Perlis untuk ambik barang-barang anak keempat (Fahmie) yang telah menamatkan pengajian semester keduanya di universiti itu. Mulai hari ini Fahmie bercuti semester 2 selama 2 bulan sebelum sambung pengajian pada hujung bulan Jun nanti.

Lepas ambik barang anak di Arau, JR, isteri dan Fahmie ke Padang Besar. Fahmie ikut sama kerana katanya dah lama tak ke Padang Besar. Isteri pula biasalah nak beli beberapa barang dapur di bazaar Padang Besar.

Kami sampai ke Padang Besar sekitar pukul 10.30 pagi. Pengunjung tak ramai seperti sebelum ini. Biasanya parking penuh, kali ini masih banyak kosong. Mengikut peniaga (kebanyakannya Muslim Thailand), sekarang orang Malaysia tak begitu ramai ke Padang Besar seperti dulu. Ia mungkin kerana barangan Siam yang dijual di Padang Besar harganya lebih mahal berbanding dulu akibat kejatuhan teruk mata wang Malaysia sekarang. Satu lagi faktor kata peniaga ialah GST. Bila nilai duit Malaysia jatuh dicampur pula dengan cukai GST, harga barang jadi bertambah mahal.

Kerana masih awal, kami pergi bersarapan dulu. Kalau dah sampai Perlis kenalah makan menu ala-ala orang Perlis. Isteri order pulut durian. JR pula mulanya nak order pulut mangga. Tapi kemudian JR tukar order kepada pulut ayam. Anak pula yang tak nak makan gaya orang Perlis order nasi goreng ayam.


Minum pula isteri order air kelapa aiskrim. JR dan anak order teh ais.

Harga makanan:
~ Harga sepinggan pulut durian yang mengandungi sejemput pulut, 2 ulas durian Siam bersaiz kecil dan secawan santan:  RM10.
~Harga semangkuk kecil air kelapa ais krim: RM6
~Harga pulut ayam: RM4.50
~Harga nasi goreng ayam: RM4.50.
~Harga teh ais: RM1.80

Rasa korang harga makanannya berpatutan tak? Bagi JR ia harga biasa untuk situasi harga barang yang luar biasa di Malaysia sekarang. Cuma sepinggan kecil pulut durian yang mengandungi sejemput pulut, 2 ulas durian bersaiz kecil dan secawan santan dengan harga RM10 agak mahal bagi JR...

Lepas makan kami beli beberapa barang keperluan. Isteri beli beberapa helai pakaian untuk diri dan anak-anak.

Kemudian isteri beli beberapa barang keperluan dapur: beras pulut, asam jawa, sabun beras wangi, barangan dalam tin, periuk belanga dan entah apa-apa lagi...

6 comments:

  1. saya pernah makan kat sana..lepas makan..shortcut ikut jalan dalam gerai tu utk beli barang sikit..bila terpandang longkang kat tgh2 gerai tu..rasa nak terkeluar semula apa yg dimakan..

    ReplyDelete
  2. pulut dengan durian memang sedap...yan suka

    ReplyDelete
  3. rm10? kalau sesekali takpe la. kalau kerap, memang koyak la poket.

    saya bukan peminat pulut, tapi kalau dah dihulur, belasah je la.

    ReplyDelete
  4. org kata kos hidup kat perlis masih rendah...tapi nampak gayanya macam tidak je.

    ReplyDelete
  5. Mungkin RM10 sebab durian tu Jay..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....