»

06 April 2016

Tudung Neelofa Dan T-Shirt Komunis

Minggu lepas isteri JR ke Vietnam selama 4 hari. Sebelum ke sana isteri tanya JR: "Nak pesan apa-apa kat Vietnam tak?"

JR yang suka berseloroh jawab, "Dah alang-alang ke negara komunis, belilah t-shirt komunis!!"


Memang Vietnam negara komunis, diperintah oleh Parti Komunis Vietnam sejak merdeka sampai sekarang. Seperti juga dengan China diperintah oleh Parti Komunis China dari dulu sampai sekarang.
Itu semua orang tau.

Tapi tak sangka pula gurauan JR jadi kenyataan.
Balik dari Vietnam Ahad lepas, selain dari membeli pelbagai jenis pakaian dan tudung (termasuk tudung Neelofa yang harganya sangat murah di sana), ada beberapa t-shirt dibeli isteri untuk JR. Paling istimewa sehelai t-shirt berwarna merah dengan gambar tukul besi dan sabit. Isteri betul-betul beli t-shirt lambang komunis! 


 
Bergambar dengan t-shirt Parti Komunis Vietnam dan topi Vietcong di depan rumah....

"Laa..abang melawak aje.. ni dah betul-betul beli baju komunis ni!" kata JR.

"Sapa suruh melawak, dah nampak..tengok ja terus beli. Lagi pun bukan salah pakai t-shirt komunis kan?" kata isteri.


Memang pun tak salah pakai t-shirt lambang Parti Komunis yang memerintah Vietnam. Kerajaan kita pun berkawan baik dengan kerajaan komunis seperti China, Vietnam dan Cuba. Malah tiap kali ada Persidangan Agung Umno delegasi Parti Komunis China, Parti Komunis Vietnam dan Parti Komunis Cuba turut hadir sebagai pemerhati.
Kalau kerajaan kita berkawan baik dengan kerajaan komunis dan parti komunis tentu tak salah jika rakyat Malaysia pakai baju berlambangkan negara yang Malaysia bersahabat dengannya.

Bendera Parti Komunis Vietnam

    2 parti dari 2 negara sahabat..
 
Walaupun JR tau pakai t-shirt Parti Komunis Vietnam tak salah tapi JR  tak akan pakai t-shirt itu di luar rumah. Setakat pakai masa di dapur atau masa tidur bolehlah. Atau simpan aje dalam almari sebagai kenangan pernah ke negara komunis!

22 comments:

  1. Hihihi sesuai bawa gi berkebun topi tu JR..
    Yang penting kita yg mentafsirnya JR..
    T-shirt tu ok gak buat memasak didapur hahaha :D

    ReplyDelete
  2. skrg ni tak digalakkan ke vietnam terutaman hcmc dan hanoi kerana sedang merebak virus zika smlm dlm berita pukul 1.30pm

    ala pakai je la bukan org lain paham pun makna gambar kat bj jr tu ... hehehe

    ReplyDelete
  3. ok lah kan tanda ingatan..komunis pun komunis lah..hahahha

    ReplyDelete
  4. betul2. sekadar tanda kenangan dari Negara tersebut.. ;)

    ReplyDelete
  5. sayangnya
    wajah tuan blog tak clear..blurrr..:)

    ReplyDelete
  6. Oo, gitu ke logo komunis. Kalau org kirim dgn saya la, saya mesti dah tak reti nak beli sbb tak kenal. Kekeke.

    ReplyDelete
  7. Pakai je..untung2 masa jalan , bertembung dengan orang vietnam , mesti diaorang ingat jr dengan diaorang sekampung..ekekek

    ReplyDelete
  8. ingat tadi orang vietnam sesat..hihihi

    ReplyDelete
  9. dengar bunyi tu mcm ngeri je nak pakai tshirt tu kat luar rumah ... heheheee

    ReplyDelete
  10. Haha.. Gurauan menjadi kenyataan namanya ni.

    ReplyDelete
  11. Lain kali bergurau lagi...nanti dapat t shirt parti apa pulak...

    ReplyDelete
  12. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  13. assalamualailum jr
    .lama tak singgah sini.apa khabar jr

    ReplyDelete
  14. Abg JR mcm perli krjn..hehe.
    Krjn kita kan open-minded.
    Terima je semua dari luar.

    ReplyDelete
  15. Kira impian jadi kenyataan tu. Hehe..

    ReplyDelete
  16. Kat Vietnam pun ada tudung Neelofa ka?

    ReplyDelete
  17. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  18. As salam JR..
    Apa khabar?
    Lama tak ke udara...

    ReplyDelete
  19. Saya sokong.Kalau saya pun akan pakai di rumah buat kenangan .hehe ,beli sekadar souvenier dan tanda pernah melawat negara komunis..Malaysia tetap di Hatiku

    ReplyDelete
  20. Malaysia tetap dihatiku. walau kemana pun pergi malaysia juga yang ku kenang

    ReplyDelete
  21. sebijik macam petani kominis!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....