»

23 March 2016

Pinggang Saya Pun Saiz A4 Juga!!


Sekarang ini dah jadi macam trend wanita-wanita di China menayang pinggang mereka yang bersaiz kertas A4:


Kalau kertas saiz A4 diletak menegak maknanya pinggang mereka cuma bersaiz 21 cm (8.3 inci):

Walaupun pakar kesihatan memberi nasihat berpinggang A4 adalah satu trend tak cerdik kerana boleh membahayakan kesihatan tapi ramai wanita di China tak peduli. Mereka masih berlumba-lumba nak berpinggang kecil saiz A4. Nak popularlah katakan..

JR tak tau tentang saiz pinggang korang, A4, A1, A2 atau A3, tapi bila JR ukur pinggang JR, rupanya pinggang JR juga bersaiz A4!!


Cuma kalau wanita China mengukur kertas A4 secara menegak, JR mengukurnya secara melintang. Tak kisahlah jika diukur melintang dan bukan menegak kerana yang penting saiz A4, hahahaha!!!

8 comments:

  1. ini dah ngelat..tak aci.
    .hahahaha

    ReplyDelete
  2. Pinggang kakcik saiz kertas A3 melintang kot... :)

    ReplyDelete
  3. double A4 melintang kot..hahaha

    ReplyDelete
  4. keh keh keh .... ai yg kurus kerempeng ni pun lebar pinggar dr a4 menegak ...

    ReplyDelete
  5. haha..kelakar siot yg saiz A4 melintang tu..

    ReplyDelete
  6. Hahahah.. terbaik JR. A4 melintang pun masih dikira A4 la tu.

    ReplyDelete
  7. Hahaha janji kertas A4 ye JR..
    Tak kiralah melintang kan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....