»

18 February 2016

Lawak Menteri Bangla


Beberapa hari ni media sosial kita riuh rendah dengan isu kemasukan 1.5 juta lagi pekerja Bangladesh ke Malaysia. Ramai yang kata tak cukup ke dengan 6.7 juta pekerja asing yang tinggal di Malaysia, sekarang kerajaan nak tambah lagi 1.5 juta pekerja Bangla?

Jawapan menteri kita antara sebab mengapa kerajaan perlu bawa masuk 1.5 juta lagi pekerja Bangla ke negara ini mudah: Pertama,  orang Bangla rajin buat kerja, dan  kedua, pekerja Bangla sanggup buat kerja dengan gaji rendah. Orang kita kononnya tak serajin Bangla dan tak nak kerja bergaji rendah.

JR tak nak komen 2 alasan menteri kita itu. Tapi JR tertarik dengan komen beberapa orang yang agak melucukan mengenai isu ini:

Contohnya tentang kononnya orang Bangla lebih rajin buat kerja berbanding orang tempatan. Kalau begitu kata yang komen itu mengapa kita tak ambik orang Bangla untuk dijadikan menteri bagi menggantikan menteri-menteri  tempatan yang tak rajin? 
Negara tentu akan lebih maju jika semua menteri kita terdiri dari orang-orang Bangla yang rajin-rajin belaka itu kan? Betul juga tu!!

Begitu juga tentang orang Bangla sanggup terima gaji rendah... Bukan ke bagus jika menteri-menteri kita juga terdiri dari orang Bangla, tak perlu lagi kerajaan bayar gaji tinggi-tinggi kepada menteri-menteri kita kan?
Jimat duit rakyat kalau Malaysia dapat menteri Bangla, mereka tak perlu dibayar gaji tinggi macam menteri-menteri kita sekarang. Duit untuk bayar gaji menteri itu boleh diguna untuk naikkan bayaran BR1M...

9 comments:

  1. Apa nak jadi dgn tanah air ku ini, satu hari kena panggil banglasia kot.

    ReplyDelete
  2. adoi la JR .... menteri2 ni kadang tu berckp guna kepala lutut ... berckp tak de isi gitu jd nye ... mcm abg mat lan tu ....

    ReplyDelete
  3. hahhaa! kan..cer fikir panjang sebelum menjawab tu.

    ReplyDelete
  4. Hihihi.. amik ko pak menteri..
    Boleh ke ganti dgn korang tu ;)

    ReplyDelete
  5. eemm.. mereka terlupa agaknya.. masa depan pemimpin terletak di tangan rakyat..

    ReplyDelete
  6. Org kita x nak keje buruh kasar bang.....

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan ewanthology...

    ReplyDelete
  8. Cuba lihat Sinar Harian (edisi timur) Sabtu Feb20.
    Siapa yg benar2 mengharap pekerja asing. Adakah golongan itu mewakili kehendak seluruh rakyat Malaysia?
    Pengusaha2 ini menangguk kos buruh yg MURAH, kemudian outputnya dibeli oleh semua orang dgn harga yg TIDAK MURAH.
    Menteri dan anak pinak menteri tolong jengok sama keluarga bau-bau bacang mereka yg TAK KAYA RAYA macam mereka. Beban apa lagi yg nak dihumbankan kpd kami?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....