»

08 February 2016

Gong Xi Fa Cai Untuk Orang Melayu


Hari ini Tahun Baru Cina. Ramai yang balik kampung. Anak-anak JR seramai 6 orang tu semua berada di rumah hari ini. 

Kepada masyarakat Cina, JR nak ucapkan Xin Nian Kuai Le (bermakna Selamat Tahun Baru). Kepada semua rakyat Malaysia, terutama orang Melayu JR nak ucapkan Gong Xi Fa Cai..


Xin Nian Kuai Le (新年快乐)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Ramai orang Melayu ingat Gong Xi Fa Cai (bahasa Mandarin) atau  Kong Hi Fatt Choy (bahasa Hokkien)  bermakna Selamat Tahun Baru. Salah tu dik..Gong Xi Fa Cai bukan bermakna Selamat Tahun Baru tapi bermakna Tahniah Semoga Kamu Kaya Raya/Murah Rezeki.
 

Ucapan yg betul untuk  Selamat Tahun Baru Cina tentunya Xin Nian Kuai Le dan bukan Gong Xi Fa Cai

Baguslah kerana setiap tahun kita sentiasa mendoakan kawan-kawan Cina kita kaya raya.  Tapi apa salahnya kita ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Melayu juga yang kebanyakannya masih belum kaya ni, kan? Bukan saja ucap Gong Xi Fa Cai kepada orang-orang Melayu cuma untuk hari ini, hari-hari lagi bagus, macam doa juga...

 

6 comments:

  1. Betul2.. ;)
    Gong Xi Fa Cai jugak buat JR dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. tahn ni tak sempat nak melawat uncle saya untuk tahn baru cina..

    ReplyDelete
  3. owh! camtu ke, baru tahu... maklum tak faham bahasa...hehe

    Gong Xi Fa Chai buat JR...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....