08 January 2016

Terima Kasih Tuhan Atas Kesakitan Ini..


Pagi tadi ketika kaki kalut-kalut bergerak laju nak ke bilik air, tiba-tiba

GEDEBUK!

Aduuuii..sakitnya kaki.... Macam mana aku boleh tergelincir?
Sampai kini jalan masih terjungkit-jungkit. Nak duduk tahiyat pun tak boleh. 
Semoga tak terseliuh dan paint killer yang  diambil tadi dapat kurangkan kesakitan bagi memudahkan solat Jumaat nanti....


Jika benarlah kesakitan ini
pembasuh dosa-dosa silam
terima kasih Tuhan
kerana dosa-dosa itu tak terhitung ribu jutanya
tak tertanggung beratnya
hingga ke noktah terakhir perjalanan hidupku 
tak akan berbaki  tebalnya daki

6 comments:

  1. Mungkin tadi mata tidak menumpukan perhatian dan fikiran berada di awang-awangan, lalu Allah hantar sedikit peringatan... :)

    ReplyDelete
  2. Sama lah nasib kita ye JR..
    Dalam kalut2 menggoreng keropok pagi tadi..
    Untuk dimakan dgn nasi goreng kampung yg CH buat atas permintaan anak tu..
    Tiba2 CH telah terlanggar tangkai pemegang kuali tersebut..
    Habis tercurah minyak panas ditangan CH..
    Allahu.. sakit bukan main.. beza dengan terkena air panas sakitnya..

    Semoga JR cepat sembuh dan dimudahkan solat Jumaat nanti..

    ReplyDelete
  3. bahayanya ...dah pi urut ke JR ....

    ReplyDelete
  4. get well soon Abang JR..kalau tak elok jugak, pergilah chck up.takut melarat

    ReplyDelete
  5. kena urut tu....nanti bengkak n masuk angin... semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....