09 January 2016

Tuhan Mesti Gila!!


Kalau tak silap JR, kali terakhir JR tengok filem Tuhan Mesti Gila ini ialah lebih 20 tahun lepas. Masa tu, selain dari ke panggung wayang, kalau nak tengok filem kita boleh beli video tape yang di jual di pasar malam atau boleh juga sewa video tape dari kedai. Mutu filemnya kadang-kadang baik, kadang-kadang teruk!

Tak macam zaman ini semuanya di hujung jari. Kalau nak tengok filem, boleh  download aje melalui internet. Mudah, cepat dan percuma! Mutunya pun lebih baik dari zaman beli atau sewa video tape dulu.

Berbalik kepada cerita Tuhan Mesti Gila. Malam tadi TV2 siarkan semula filem Tuhan Mesti Gila ini. Ia cerita komedi box office yang sangat popular pada zamannya.

Tuhan Mesti Gila bermula dengan kisah kru sebuah  kapalterbang kecil yang melaui padang pasir Kalahari, di selatan Afrika membuang sebuah botol Coca Cola ketika melalui sebuah perkampungan suku kaum asli Afrika. Suku kaum asli Afrika itu merupakan kumpulan yang belum bertamadun, lelaki perempuan masih memakai cawat dan tak berbaju. 

Lepas botol jatuh dari langit maka berkerumunlah orang-orang kampung itu kerana mereka tak pernah tengok botol. Kerana botol itu nampak pelik dan turun dari langit, mereka menganggap ia pemberian Tuhan. Maka berebut-rebutlah orang-orang kampung untuk mendapatkan botol itu hingga akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri. 

Hero filem ini, Xi berkata Tuhan mesti gila kerana menghantar botol kepada mereka yang akhirnya menyebabkan pergaduhan sesama sendiri. Macam tak ada benda lain Tuhan nak hantar? Lalu Xi ambil botol itu untuk di buang jauh dari penempatan suku kaumnya  supaya mereka tak bergaduh lagi. Dan dari sinilah timbul berbagai adegan yang sangat melucukan...

Poster filem 'The Gods Must Be Crazy'

Walaupun masa pertama kali tengok filem ni 20 tahun lalu JR banyak ketawa, tapi bila tengok ulang tayang filem The God Must Be Crazy di TV2 malam tadi, rasa terhibur seperti 20 tahun dulu itu  sudah sangat berkurang. Mungkin banyak adegan yang dipotong oleh pihak RTM atau usia yang semakin bertambah menyebabkan sense of humour semakin terhakis? Entahlah.... 

5 comments:

  1. Kakcik pun menonton malam tadi. Sesekali kakcik ketawa juga tapi banyaknya tengok macam takde perasaan...:)

    ReplyDelete
  2. ala terlepas lah JR..menarik agaknya samapi sorang tergelak..mesti banyak lucu tu

    ReplyDelete
  3. minggu lepas tayang god must crazy 1 . lagi kelakar tau JR . kami mmg tgk ceria ni . gelak satu rumah ...

    ReplyDelete
  4. cerita zaman kecil yan...xi tu jakun

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....