06 January 2016

Kesian Orang Pulau Pinang!!

Masa JR memulakan kerjaya di  bandaraya Pulau Pinang berpuluh tahun dulu, orang bandar itu kata JR bernasib baik dapat kerja di Pulau Pinang. Kalau kerja di Kuala Lumpur lagi susah kerana KL bandar yang kos sara hidupnya lebih tinggi/mahal dari Pulau Pinang. 

Bila JR berpindah kerja ke KL lepas itu, orang KL pula kata nasib baik kita kerja di KL. Kalau kerja di Johor Bahru menangislah kita kerana  kos sara hidup JB yang lebih tinggi dari KL.

Tapi itu semua cerita lama. Ini pula cerita sekarang:



 
Sekarang Pulau Pinang (bahagian pulau) adalah tempat yang paling mahal di Malaysia. Nasib baik keluarga ibu bapa JR tinggal di bahagian Seberang Perai, kos sara hidup tak sebegitu tinggi seperti di sebelah pulau.

Kesian orang Pulau Pinang. 
Juga kesian Faez, anak JR yang sekarang kerja di bandaraya Pulau Pinang!

13 comments:

  1. Rasanya sekarang duduk di mana bahagian pun sudah terasa 'keperitannya'...

    ReplyDelete
  2. Keadaan ekonomi kita sekarang ini memang kos sentiasa meningkat JR..
    Tak sangka Pulau Pinang (Bahagian Pulau) tempat pertama tu JR..
    Bertabah lah Faez hidup disana..
    Pasti ada kos melepaskan..

    ReplyDelete
  3. tapi, anak saya kata harga makan di penang masih ok berbanding KL.

    nanti, kalau JR pindah ke Johor, ada orang kata kos sara hidup kat serawak lagi mahal dari JB...

    ReplyDelete
  4. Kat belah pulau tu, mmg gila punya mahal JR...
    Kesian tgk Melayu jadi terpinggir di situ

    ReplyDelete
  5. Ada benarnya...nampaknya kena pandai mengurus perbelanjaan lah sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi kosnya ni

    ReplyDelete
  6. dah la mahal pemandu kat sana pun ...aduhai stress la pi penang .... hahhaha

    ReplyDelete
  7. Pernah tengok rege rumah yg sdg dibina kat sblh pulau tu..mmg sgt2 mahal!

    ReplyDelete
  8. hahaha terfikir ..ada kenyataan berbeza tetapi maksud sama..agaknya mana lah yang paling mahal hehehe...hidup kena teruskan

    ReplyDelete
  9. Nak tak nak, kalau nak selesa sikit, perlu cari side income....cabaran hidup masa kini

    ReplyDelete
  10. katanya kos hidup di penang dah macam kat singapore.

    ReplyDelete
  11. Tak sangka pp sekarang taraf hidup tinggi...yan ingat kl...

    ReplyDelete
  12. paka/kerteh memang mahal bb situ golongan orang keje petronas..
    kite yang duk kat kemaman ni merasa tempias mahal...huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. mana-mana pun rasa mahal..huhu.terutama rumah dan tol

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....