»

04 January 2016

Kerjaya Baru Sinaran Baru Di Tahun Baru

Akhirnya mulai hari ini, anak kedua JR yang dulunya kerja di Johor Bahru  bertukar kerja ke Pulau Pinang pula. Walaupun majikan baru di Pulau Pinang tawarkan gaji kurang RM500 dari kerja di Johor Bahru tapi Faez menerimanya. Alasannya pertama sebagai anak bujang mudah baginya untuk sesekali pulang tengok ibu bapa dan adik beradik di Alor Setar.

Kedua, syarikat perumahan tempat dia kerja tawarkan kediaman percuma untuk semua kakitangan mereka. Kata boss tempat Faez kerja, tak  guna jadi syarikat perumahan besar tapi ada pekerja yang tinggal di rumah yang tak selesa. Lagi pun syarikat itu tak mau masalah rumah menyebabkan pekerjanya hilang tumpuan terhadap kerja.


Kondo yang disediakan majikan Faez

Kelmarin JR dah pergi tengok rumah yang disediakan majikan Faez, kondo 5 bilik tidur dan 4 bilik air di tengah bandaraya Pulau Pinang. Unit kondo itu belum diduduki orang, Faez orang pertama mendudukinya. Dia akan berkongsi tinggal dengan 5 lagi rakan jurutera yang belum lagi sampai.

 Faez

Semoga kerjaya baru di tahun baru akan memberi sinar baru dalam kehidupan Faez...

5 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Niatnya utk dpat menziarah keluarga tu yg terbaik..
    Sama jer RM500 tu dengan menyewa rumah kan JR..
    Semoga Faez terus cemerlang dan suksess ditempat baru ..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..beruntung jr dapat anak yang bertanggungjawab...moga faez dipermudahkan segala urusannya

    ReplyDelete
  3. lagi satu , kos sara hidup di Jb lbh tinggi berbanding penang .kurg rm 500 tu tak terasa pun ...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..kalau sy pun akan terima yg dekat2 dgn fmly..tenang jiwa. walaupun gaji kurang sikit...

    ReplyDelete
  5. good luck untuk anak abang JR ye..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....