»

05 January 2016

Tak Sangka Anakku Dah Jadi Jutawan!!


Dua hari lepas (3 Januari 2016), JR dan anak lelaki kedua, Faez ke bandaraya Pulau Pinang kerana esoknya (4 Januari 2016), Faez perlu melaporkan diri di tempat kerja baru. 

Seperti yang JR sebut dalam entri sebelum ini, syarikat pemaju perumahan yang menjadi majikan baru Faez menyediakan rumah percuma untuk semua staf yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Kata boss Faez tak guna jadi syarikat pemaju perumahan besar jika staf sendiri tak ada rumah! Betul juga tu.....

JR dan Faez bertolak ke Pulau Pinang dengan Mini Cooper versi Malaysia yang JR beli untuk Faez masa dia menuntut di UTHM dulu:

 Mini Cooper versi Malaysia aka Kancil

Kami bertolak dari Alor Setar selepas Zohor dan tiba di Pulau Pinang kira-kira pukul 4.00 petang. Selepas pergi ambil kunci rumah di pejabatnya, JR dan Faez pergi ke kediaman Faez di All Seasons Park di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam. 

Kondominium All Seasons Park setinggi 43 tingkat, dan Faez tinggal di tingkat 17. 

All Seasons Park

Unit kondo Faez tinggal mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Setakat ini Faez seorang saja yang tinggal di unit kondo itu kerana 5 jurutera lain belum diambil kerja:

 Bilik yang diperuntukkan kepada Faez..ada view menarik di luar jendela bilik...

Ruang tamu agak luas juga

Bilik air cantik macam hotel

Kata JR kepada Faez bukan senang nak tinggal di kondo, apa lagi kondo yang harganya berjuta-juta tu, tinggal percuma pula tu:

 
Harga kondo tempat Faez tinggal..mak ooiiii mahalnya, aku tak mampu!

Cuma mereka yang bergelar jutawan saja yang mampu beli kondo bernilai RM1.3 juta tu. Ribuwan seperti JR cuma mampu tengok aje....

Tergelak JR bila baca mesej whatsapp antara Faez dan adik perempuannya Sha:


So sekarang anak JR dah setaraf dengan jutawan, walaupun dia cuma naik Kancil sepanjang bekerja di Pulau Pinang, hahahaha...

12 comments:

  1. Mudah2an suatu hari nanti Faez dapat membeli unit kondo itu...

    Rezeki orang tak nampak di kaki, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga doa Kakcik dimakbulkan Allah...

      Delete
  2. alhamdulillah ....
    nak ulang alik blk kg pun tak jauh kan .. gamak rindu ayah die balik kampung peluk ketat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh Penang-A.Setar lebih kurang sejam perjalanan aje...

      Delete
  3. bukan Kancil, tapi mini cooper. Ribuwan juga tu...

    Bandar Air Itam adalah tempat membesarnya ibu_suri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada kawan sekolah tinggal kat flat Kg Melayu Air Itam, dah lama tak dengar cerita darinya..

      Delete
  4. Merasa anak JR duduk di kondo jutawan tu..
    Nak mengharap kita jadi jutawan tak tahu bila ye JR..
    Senang tu dah dekat nak balik kg jumpa mak ayah..
    Semoga anak JR terus suksess..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Walaupun kita tak dpt jadi jutawan, mungkin anak2 kita nanti jadi jutawan kerana nilai mata wang kita yg semakin mengecil. Mungkin 20 tahun akan datang nilai RM1 juta sama dengan nilai RM250,000 hari ini?

      Delete
  5. rezeki dapat duduk sini..nanti kat parking ada bmw n volvo, tetibe terselit kancil..hihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....