»

22 December 2015

Wanita Lebih Suka Tinggal Serumah Tanpa Nikah??

 Apa punya kajian yang findingnya macam ni?


Ikut kajian itu kebanyakan orang berpendapat kawin dan berkesedudukan sama saja. Ada pula yang berkata berkesedudukan lebih baik dari kawin! Astaghfirullah...

Kajian itu juga mendapati wanita lebih seronok dan rasa beruntung berkesedudukan berbanding lelaki!

Bagi JR, keputusan kepada sesuatu kajian bergantung kepada latar belakang responden yang dikaji. Misalnya jika nak kaji pasal makanan, kita boleh tanya lalat atau lembu. 

Jika responden yang ditanya ialah   lalat, pasti lalat akan kata mereka lebih suka makanan dalam tong sampah, makanan busuk dan bangkai. Lalu jawapan kepada kajian itu mendapati makhluk di bumi ini suka  makanan busuk dalam tong sampah, juga bangkai, sedangkan itu cuma pandangan sekumpulan lalat yang tak mewakili pandangan semua penduduk dunia. 

Jika tanya responden yang terdiri dari sekawan lembu mungkin lembu akan kata mereka suka makan rumput segar, bukannya sampah dan bangkai, juga bukan nasi, KFC, pizza atau Mc D. Maka jika dibuat kajian kesimpulan yang diperolehi makhluk di dunia ini suka makan rumput, sedangkan bukan semua makhluk di dunia terliur lihat rumput...

6 comments:

  1. Betul tu JR..
    Itu pandangan orang yg berada di London..
    Tidak sama pandangan orang di Malaysia..
    Mungkin yg ditanya itu agama nya lain..
    Kemungkinan jika di Malaysia jika ditanya pada yg bukan beragama Islam berkemungkinan sama dengan mereka di London itu..
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu kat Malaysia pun mungkin dah ada yang berpandangan yang sama...

    ReplyDelete
  3. huhu..harap jangan ada orang Islam baca ni pastu terpengaruh pulak.

    ReplyDelete
  4. Nanti kumpulan G25 boleh la promote cara hidup macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. mesti G25 tengah buat kertas kerja nak bentang tu..

      Jauhkanlah perkara yang tidak baik dari kita semua

      Delete
  5. kehidupan yang tak patut dicontohi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....