»

17 December 2015

Orang Tua Berdarah Muda


Antara banyak-banyak penyakit dalam dunia ini, JR paling takut 'penyakit tiga serangkai' - kencing manis, darah tinggi dan jantung. Sebab itu setahun sekali JR akan buat ujian darah di klinik kerajaan.

Pergi buat ujian darah..ramai yang kata 'ah...malaslah!'. Kena puasa, kena ambil darah (ada yang kata takut!) dan masa menunggu yang lama di klinik kerajaan terutamanya...boring!!

Jangan peduli tentang pesakit yang ramai, tentang lama kena menunggu giliran untuk ambil darah. Yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan yang baik. Tanpa kesihatan yang baik, hubungan kita dengan manusia dan Tuhan juga tak dapat berjalan dengan baik, ye tak?

Dua minggu lepas seperti tahun-tahun terdahulu, JR pergi ambil darah di sebuah klinik kerajaan. Sampel darah yang diambil itu diisi ke dalam tiub dan kemudian  dihantar ke makmal.

Dan kelmarin selepas dua minggu, JR ke klinik lagi untuk ambil keputusan ujian darah. Doktor yang periksa JR juga minta JR buat ujian air kencing. Bukan nak tau tentang kandungan dadah dalam air kencing tapi tentang gula dalam air kencing.

Ini antara keputusan ujian darah yang dibuat 2 minggu lepas itu:




Kolestrol 4.54 (normal 3.60-6.2)
Uric asid 374.28 (normal (202-416)
Gula dalam darah 5.0 (normal 3.9-5.5)

Alhamdulillah..walaupun dah menjangkau usia setengah abad, kesihatan JR masih OK. Kolestrol, uric asid, gula...semuanya masih normal. Mungkin berkat jaga pemakanan dan rutin beriadah hampir setiap hari.

Selain dari itu ada juga keputusan mengenai fungsi hati dan buah pinggang yang fotonya JR tak sertakan di sini. Dan alhamdulillah semuanya OK...

Ujian air kencing juga menunjukkan tiada (nil) gula mau pun albumin dalam air kencing JR:


Sekali lagi alhamdulillah....

Doktor wanita Cina yang periksa JR kata sekarang ini ramai pesakit diabetes yang mendapat rawatan di kliniknya, sejak usia awal 20an dan 30an lagi dah dapat diabetes. Malah kawan-kawan doktornya pun dah ada yang kena diabetes walau mereka sangat faham aspek penjagaan kesihatan. Dah semakin susah nak cari mereka yang berusia seperti JR darah bebas dari kencing manis, kata doktor itu. 

Biasalah..Malaysia kan negara 'syurga makanan' sampai pukul 2 pagi pun masih ramai yang melantak di gerai tepi jalan...

6 comments:

  1. Alhamdulillah... kesihatan JR kiranya di tahap cemerlang tu... :)

    ReplyDelete
  2. asalam Jr..mantain muda dan sihat..apa taknya JR kan selalu ceria dengan blog. Ha kurang stress..tu yg antaranya membantu darah lancar..hahaha tak adalah alhamdulillah ya Jr sihat itu yg kita nak..bersyukur ya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. moga JR dan kita semua dijauhi dari sebarang penyakit dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian.

    ReplyDelete
  4. Wah JR..Alhamdulillah! Mmg susah jg bab mkn..dahla mknn mcm2 sdp2. Bukak blog/fb/whatsapp..org tayang mknn sdp2. Godaan tu byk..susah nak jd 'kuat' mcm JR. Syabas!!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah JR..
    Kesihatan JR masih lagi ditahap normal..
    CH pun takut penyakit 3 serangkai tu..
    Tambahan arwah abah dan arwah mak ada penyakit tu..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dan tahniah bro JR...zaman sekarang ni mmg sukar mengekalkan kesihatan.... makanan mcm2 jenis dah ada dan mudah didapati, keje pulak office, duduk sahaja spanjang hari.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....