Petang Sabtu lepas kepala JR rasa berat semacam. Mungkin kerana makan lauk kenduri banyak sangat? Maklumlah bulan November/Disember ni musim kenduri, ada-ada saja kenduri di sana sini, kadang-kadang Sabtu dan Ahad jemputan kenduri lebih dari dua...Dan perut dibiarkan hentam habis hidangan terhidang!
Entah-entah tekanan darah dah naik mendadak akibat makan terlalu banyak hidangan kenduri yang dipenuhi lemak, kolestrol dan kalori bertimbun-timbun itu? Makan dah la banyak, sepanjang 2 minggu ini aktiviti rutin beriadah diperlahankan sikit. Minggu lepas beriadah cuma sekali, kononnya sibuk!! Pada hal sebelum ini beriadah biasanya 5 hari seminggu, minggu lepas cuma sempat sekali..Bila beriadah kurang, ditambah faktor tambahan kolestrol dan lemak akibat terlebih makan kenduri, inilah akibatnya kot...kepala pening, pening, pening....
Bila dah rasa pening sangat, JR pun pergilah check tekanan darah. Nasib baik di rumah ada alat pengukur tekanan darah:
Tu dia...patutlah pening!! Bacaan tekanan darah dah naik: 144/68...sangat tak sihat! Bacaan normal sepatutnya 120/80. Yang diastolik tu (68) dah cantik dah tapi yang sistolik (144) tak menyihatkan!
Kalau sayangkan jantung, jaga makan, jaga senaman, bisik hati..
Lalu pagi Ahad dengan penuh semangat JR pergi joging. Oppss..sebenarnya bukan joging tapi brisk walk (jalan laju). Selalunya JR brisk walk 6 kilometer sehari tapi pagi Ahad lepas kerana geram tengok tekanan darah naik JR hentam sampai 8 kilometer!!
Sampai di rumah lepas buka kasut, JR terus pi check tekanan darah:
Tekanan darah dah turun serta merta dari 144/68 petang Sabtu kepada 102/52 saja pada pagi Ahad. Tapi takut juga 102/52 tu nampak rendah sangat, nanti dapat tekanan darah rendah pula. Agaknya terlebih beriadah tadi tak?
Nah..sekarang dah dapat tekanan darah normal kan?
Itulah bagusnya beriadah, boleh turun dan normalkan tekanan darah.
Itulah bagusnya beriadah, boleh turun dan normalkan tekanan darah.
Sekarang JR dan aktifkan semula brisk walk 6 kilometer sehari seperti dulu, kecuali Jumaat dan Sabtu hari rehat kaki. Takut tekanan darah naik balik, maklumlah umur bukan muda lagi, hehehehe...
Nota: Mengapa tajuk entri ini 'experimen cinta jantung 1'? Sebab esok insyaallah JR nak ceritakan satu lagi experimen..
Bagus!
ReplyDeleteSaya suka rakyat Malaysia yg macam JR.
Memang senaman kardio, bagus utk jantung.
Berapa average pulse JR?
Bacaan pulse biasanya antara 65-75. OK ke doktor?
DeletePulse kita masa rehat,dlm range 60-80 seminit.
Deleteso ok tu
kite pun dah lama tak buat senaman...badan pun dah mengembang macam donat..
ReplyDeletetahnia ..selalu bersukan keluar peluh ringan badan
ReplyDeletesaya x pernah buat ujian tekanan . mudah2n masih normal .
ReplyDeleteJaga makan jr.. 😆
ReplyDeleteNanti sakit sape yg susah?
Huhu.. Lady mkn megi jer hr ni.. Nsht org mcm bgs sgt.. Hihi
Baguslah JR..
ReplyDeleteCH tak sempat beriadah..
Dulu rajin gi taman yg ada alatan senaman tu disekeliling tasik tu..
Jadi nak smpi ke tempat mula tu dah siap semua alatan riadah tu dibuat..
Kena ambil semangat rajin JR ni.
jgn mkan byk eh eh lepas ni..ingat nasihat Dr JM ni hehehe
ReplyDeleteaik boleh pulak main eksperimen2 ye jr
ReplyDelete